10/08/2014

Hari Raya Pertama 2014 Mummy Dan Qashrin

Selamat Hari Raya semua!!! Masih dalam musim dan mood Raya sebab kita kan semua beraya sebulan. Mesti hujung minggu penuh dengan open house dan jemputan kenduri. Lamanya tak bukak laptop dan taip pepanjang. Tapi demi blog ini, terpaksa jugak meluangkan sedikit masa walaupun dah berejam bukak page ni tak tertulis apa-apa lagi.

Hari Raya Pertama kami sama seperti tahun-tahun yang lalu, cuma tahun ini lebih istimewa sedikit kerana pada hari raya pertama yang lepas pada 28/ 7 /2014 adalah hari jadi El Qashrin Qaisara. Syukur Alhamdulillah, anak Mummy dah 4 tahun dibesarkan oleh Mummy sendirian. Alhamdulillah dan bersyukur sangat-sangat dengan rezeki Allah yang melimpah ruah kepada kami. Walaupun ada kekurangan, tapi Allah bagi kelebihan dari segi yang lain.

Memang pada awalnya dah rancang nak throw a birthday party for her tapi memikirkan masa yang tak berapa sesuai, terpaksa buat secara kecil-kecilan. Qashrin minta tema Sofia The First. So, Mummy cuba tanya kedai kek, boleh tak buatkan kek Sofia The First untuk diraikan di rumah pada raya pertama tu dan satu lagi untuk di bawa ke sekolah. InsyaAllah. Minggu depan lagi sekali celebrate di sekolah bersama kawan-kawan dia.

Malam raya mesti bakar-bakar mercun bersaing dengan jiran-jiran berdekatan. Macam-macam bunyi ada

Anak-anak saudara akan berkumpul rumah Opah main bunga api dan tengok pertunjukkan mercun. Sampai nak pekak telinga. Qashrin tu takot-takot tapi nak tengok jugak. Anak Mummy tak lepaskan peluang bermain bunga api dengan baju tidur yang baru sampai bernyanyi-nyanyi happy. Macam tahu je maksud hari raya.

Kalau raya mesti ada carbonated drinks. Thanks Ayah Yob sebab menambahkan stok pemanis kami di pagi raya. Hahaha

Pagi-pagi dah bangun tu, terus mandi dan dengar takbir raya. Tengok muka dia happy sangat. Tahun ni tema boria, warna kain sama. Mummy, Mama Achik, Mak Der, Opah dan dua budak kecik ni pakai kain sama. Hehehe Boria

Semua muka baru bangun tidur. Tangkap gambar dulu. 

Pagi-pagi raya lepas bermaaf-maafan, bersalam-salaman dan kaunter duit raya dibuka, Mummy terus ke kedai kek Ambil Kek Qashrin. Semua menyanyikan lagu hari jadi untuk Qashrin. Pak Nek memang suka kacau Qashrin. Tengok tu, dalam gambar. Penuh dengan gambar kena kacau. Muka Qashrin pon dah monyok. Hahahahaa. Sian anak Mummy

Mummy bagi gambar Sofia The First dan berdoa sangat Kek 3D ni menjadi. Sebab kedai tu tak pernah buat kek macamni. Sekarang ni dia tengah buat sebijik macamni kek bertemakan Frozen (Elsa & Anna). Alhamdulillah the cake turned out to be just like what I wanted for Qashrin. Boleh tahan jugak dia buat walaupun order 1 minggu sebelum ambil kek. Hehehe

Alaaaa, ini yang Mummy sayang ni. Di hari raya ni pon nak jugak buat latihan. Abaikan bilik yang berselerak itu. Hahaha

Berselfie dengan Mak @ Opah 

Lepas dah potong kek, semua siap-siap nak pergi ke rumah saudara sebelah Atok dan Opah. Gambar tak sempatlah pulak nak amik. Pagi tu kami pergi ke tiga buah rumah, lepas tu balik dah tidur dan mandi. Terus kami melawat cousin sister Opah di Kampar dan terus ke Batu Gajah rumah abang Opah. 

Semua dah bangun tidur dan dah mandi. Jom kita bertolak ke Kampar dan Batu Gajah. 

Kami bertolak agak lewat jugak. Dari Ipoh ke Kampar dan terus ke Batu Gajah. Yang paling menarik. Beraya di Batu Gajah, bukan sekadar di jamu menu raya, tapi durian. Hahaha. Adoihai. Mummy dah lah sakit tekak dan dapat ulser di lidah gara-gara 3 hari terakhir bulan puasa makan durian. Cuaca panas. Nak tak nak, jamah jugak durian ni.

Sesampainya kami di Ipoh lebih kurang jam 12 malam lebih. Sampai rumah semua dah mengantok dan kekenyangan. Masing-masing tidur kepenatan nak charge battery untuk Hari Raya Kedua. 

Nanti kalau rajin boleh tulis lagi hari raya kedua dan ketiga kami. Tapi cukup untuk setakat hari ini. Dikesempatan ini, Mummy nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pembaca blog Qashmere.

Sehingga berjumpa di lain entri.

Wassalam

Xoxo
Mummy Akmar