15/08/2014

Cerita Raya Kedua Yang Makan Tanpa Henti

Bila ada cerita Raya Pertama, mesti ada cerita Raya Kedua. Ye tak? Tapi tak tahulah rajin nak cerita sepanjang seminggu beraya. Memang niat kalau rajin nak tulis entri seminggu beraya. Kalaulah rajin. Niat memang ada nak buat ke tak, tu belum tentu. Maklumlah raya tahun 2014 cuti seminggu. Lupa pasal kerja seminggu sekejap. Kita enjoy dulu. Hehehe.

Raya kedua masih lagi kami pusing-pusing jalan beraya. Motif yang paling penting adalah kutip duit raya. Hahaha. Okay cerita pasal duit raya. Alhamdulillah. Tahun ni memang murah rezeki Qashrin. Total duit Raya dia RM650 hanya duit Hari Raya pertama dan collection dari rumah-rumah tambah lagi duit RM170 duit dia kumpul dalam tabung dah Mummy tukarkan dekat kedai mamak berdekatan. Tahun ini, dah pun buat buku ASB untuk dia. Duit raya dia banyak sebab ramai adik beradik Mummy bagi dekat Qashrin duit raya dan duit birthday untuk dia mostly semua RM50. Bukan sahaja Qashrin dapat duit raya, Mummy pun dapat tau. Mummy dapat RM200 dari Ayah Yob, RM20 dari Pak Nek (sikitlah sebab dia dah sponsor Raya shopping) dan dapat RM50 dari Pak Uteh. Hehehehe.

Panjang sangat cerita pasal duit. Mestilah happy dapat duit raya. Walaupun ikot beratur dengan budak-budak ni. Hahaha. Sahaja buat kenangan. Kegembiraan mestilah dikongsi bersama. Alhamdulillah syukur. Jom kita tengok gambar-gambar Hari Raya Kedua.

Pagi raya kedua dah siap mandikan Qashrin. Pakaikan dia dress gymboree ni. Bagi dia main dulu dengan Sara. Abis rumah selerak.

Tapi bila nak keluar beraya, Mummy pakai baju biru, terus tukarkan Qashrin dengan baju biru jugak. Hehehe. Gambar terakhir merajuk. Ntah apa yang dia merajukkan tu

Raya kedua, Mummy beraya tiga buah rumah. Bayangkan betapa kenyangnya perut Mummy. Itu pun ada rumah yang Mummy tak makan. Sebab ntah mengapa perut macam tak sedap. Rasa sakit perut. Makan di rumah Pak Uteh jelah. Tu pun tak berani nak makan dengan cili sos ke atau makanan yang pedas. Rumah kedua tu walaupun dia jamu nasi minyak dan ayam masak merah yang sedap. Tak termakan, dah pulak tu ada ulser mulut. Nak telan rasa tersiksa. Tapi takderlah jugak kurus disebabkan tu. Hahahaah

Beraya rumah Pak Uteh. Menu lemang, ketupat dan rendang pedas dah tak layan. Semua serbu pizza dan KFC. Hehehe


Lepas tu beraya rumah Family's friend. Oh sini best beraya. Dia akan bagi duit raya gempak punya. Yeay! Mummy pon dapat. Hahahaha

Rumah terakhir di rumah jiran lama kawan Mama Achik. Rumah dia langsung tak makan. Hanya mintak air masak. Minum banyak-banyak. Lepas tu dah balik. Terus siap-siap memasak. Aih siapa lagi jadi chefnya kalau tak Mummy. Hahaha. Kawan kakak nak datang beraya. Masak simple je, masak Mee Kari. Adoihai seperiuk besar Mummy masak. Malam tu jugak licin. Yerlah adik beradikkan ramai.

Memang penat, tapi ku gagahkan diri jugak memasak. Tapi Mama Achik tolong potong-potong apa yang patut. Kawan sekolah dia ni kawin dengan orang Indonesia dan menetap di sana. Nak tak nak buat jugak. Gambar sempat tangkap yang ini je. Kuah pon dah licin lebih dari separuh. 

Anak Kak Intan ni beberapa tahun yang lepas datang ke rumah waktu Qashrin dalam pantang lagi. Masuk bilik tengok Qashrin. Sekarang dah besar masing-masing. Qashrin memalam dah Mummy pakaikan baju tidur. 

Beginilah cerita Raya Kedua kami. Ringkas je. Gambar pun semua di cantumkan dan jimat masa dan kurang masa nak loading dalam page ni. Rasa macam dah ambil banyak sangat gambar. Tapi masih terasa banyak moment yang belum capture kerana kemalasan melanda. Walau apa pon, dapat jugak mengukir kenangan dalam blog ni. Nanti Qashrin dah besar tengok gambar dan baca cerita ni mesti dia akan tergelak tengok gelagat dia masa kecil. Hehehehe.

Dah jam 11 lebih malam. Nak stop sini dulu. Tadi tolong Opah sediakan persiapan untuk di masak esok hari. Sebab esok Opah beraya kali kedua. Raya puasa enam. Memang tiap-tiap tahun dia akan jemput kawan mengaji dia ke rumah lepas selesai buat puasa enam. Menu esok, Mee Kari, Rendang Pedas Ayam, Kuah Kacang, Nasi Impit, Lemang dan Kueh Raya. Semua home-made. 

Okaylah Good nite.

Xoxo
Mummy Akmar