04/07/2014

Iftar Hari Ketiga Bulan Ramadhan 2014

Puasa hari ketiga kami berbuka puasa dengan famili kakak. Semuanya 9 orang, 4 dewasa 4 kanak-kanak dan 1 budak kecik Qashrin makan free. Kami berbuka di Syuen Hotel. Ini arahan dari Mekah oleh abang Mummy. Pak Nek suruh bawak anak-anak dia makan di hotel.

So, semalam kami berbuka di sana. Memang tak ramai sangat orang. Agak selesa tak macam tahun lepas sangat sesak. Menu yang menarik perhatian kami adalah lamb chop black pepper sauce. Yummy!!


Bagi budak-budak ni kenyang dulu. Jelly sampai 3 kali makan. Lepas tu diikuti bubur satu mangkuk dan sup daging satu mangkuk.

Selalu kalau penuh, serving dish ni, diorang letak double. 

Macam-macam ada. Boleh lah dengan harga RM33 dewasa dan RM20 kanak-kanak

Hot & Cold Beverages

Bubur lambuk, sup, ulam-ulaman, salads macam-macam ada. Ice kacang pon ada. 

Kalau orang pertama sampai tak de lah segan sangat nak ambil gambar. Hahaha.

Macam-macam kueh talam atau kueh basah ada dan jugak kek.

Yang menarik perhatian ramai, lamb chop. Lembut tak keras, sos dia pon sedap. Ada mee goreng, samosa dan macam-macam

Mee kari pun ada.

Bahagian jelly dan dessert.

Dekat nak pukul 7 baru ada sikit-sikit orang datang

Nasi ayam sikit, lepas tu nasi putih sikit ambil udang, ayam ada daging masak lemak dia okay jugak.

Lamb chop dia memang sedap. Makan dengan sudu tak best macam susah nak potong. Makan dengan jari memang terbaik. Hahahaha. 

Ceasar salad ni nampak menarik. Tapi soggy dan croutons dia macam tak menjadi je. Tak sedap. 

Meja kami sangat MARIAH!!! Hehehe

Total semua.

Pada pendapat Mummy, okaylah kalau nak berbuka di Hotel Syuen Ipoh dengan harga macam ni. Dewasa RM33 dan Kanak-kanak di atas 5 tahun RM20. Harga pon berpatutan. Tapi kalau awal-awal puasa tak ramai sangat. Tapi dihujung bulan Ramadhan memang akan penuh berhimpit jugak tempat duduk. 

Tak tahulah kalau larat nak buat entri lagi pasal berbuka puasa. Dah dua hari tak ambil gambar. Malas...Hahaha.

Xoxo
Mummy Akmar