02/07/2014

Iftar Hari Kedua Bulan Ramadhan 2014

Puasa dah hari keempat baru nak terkial-kial nak update entri iftar. Hari kedua kami berbuka biasa-biasa je. Leftover dalca di makan dengan roti puri panas-panas dan sambal tumis ikan bilis garing. Banyak lagi dalca berbuka hari pertama sayang membazir. Dalca kalau di makan esok lagi sedap rasanya. Tak caya cuba try test, tapi hari ketiga sila buang dalam tong sampah. Hahaha. Ada jugak, ikan dari Sungai Perak di goreng. Nama ikan tu ikan temoleh. Isi dia lembut tapi banyak tulang kena jaga-jaga makan ikan ni. Sisik dia berlemak makan cicah air asam. Woih...memang terbaik. Jom tengok apa menu kami di hari kedua yang mana Mummy sempat ambil hari tu. Simple but comforting! Hehehe


Roti Puri, pakai marjerin ni macam tak gelembung pulak macam selalu buat. Selalu pakai planta. Gebu-gebu jadinya. Gebu tapi dalamnya lembut dan rapuh. 

Roti puri cicah dengan dalca ni. Memang sedap!

Ada pulak sambal tumis ikan bilis garing. Makan ni dengan nasi panas, kicap dan telur dadar memang sedap. 

Inilah ikan temoleh. Besar ikannya, bahagian kepala abis dah di makan. Hahaha

Alhamdulillah dengan rezeki yang ada. Hari kedua ada beli kueh-kueh dari bazaar ramadhan. Tak makan sangat pun. Inilah menu kami, syukurlah.

Xoxo
Mummy Akmar