29/06/2014

Mereka Jadi Tetamu Allah

Alhamdulillah. Syukur dan gembira kami sekeluarga perkabaran yang paling mengembirakan Atok dan Opah kerana visa untuk mengerjakan umrah lulus. Walaupun pada awalnya, semua rasakan mungkin tidak dapat pergi ke Mekah kerana khuatirkan visa ditolak dan terpaksa pergi hujung tahun. Memang tak sangka, saat-saat akhir kelulusan visa telah pon diberikan. Kali ini yang pergi menunaikan umrah hanya Pak Nek, Mama Oya, Atok, Opah dan Mama Achik. Mereka pergi berlima.

Memang terlalu last minute dan akan berpuasaa di sana. Mereka sahut cabaran itu demi semata-mata ingin menjadi tetamu Allah di sana. Alhamdulillah. Syukur dan beruntung Opah dan Atok ditaja oleh Pak Nek ke sana. Bukan pakej biasa tapi pakej VIP (RM11,500 seorang) untuk mereka berdua di akhir-akhir umur mereka. Yang paling gembira sangat adalah Opah yang sentiasa berdoa agar dapat ke sana lagi walaupun sebelum ini pernah menunaikan Haji pada tahun 2006. Mama Achik pulak taknak lepaskan peluang ini untuk bersama-sama mereka mengerjakan ibadah umrah walaupun sanggup mengeluarkan duitnya sendiri. Alhamdulillah syukur sangat.

Terlalu singkat masa, cadangnya Opah nak order sahaja pulut kuning makan di rumah nanti balik baru buat kenduri kerana tarikh pergi adalah seminggu lagi, tapi Pak Nek nak jugak buat kenduri doa selamat kecil-kecilan untuk mereka. Kami buat sederhana sahaja, last minute menjemput orang masjid mana yang dapat hadir walaupun mereka dah ada program pada waktu tu.

Syukur doa selamat untuk mereka berlima

Bestnya pulut kuning ni. Menu kami pada haritu Pulut Kuning, Ayam Rendang, Bihun Singapore, dua jenis kuih iaitu karipap dan tepung pelita (orang perak panggil kueh limas) dan air teh tarik.


Kenduri pada hari Ahad, keesokkan harinya Isnin, semua sudah mula bertolak ke Kuala Lumpur lepas kenduri. Opah pula ikot Pak Nek dan Mama Oya bertolak ke Kuala Lumpur pagi Isnin dan mereka bermalam dulu di The Zon sebelum tolak ke airport hari Rabu. Masa hari Isnin tu, nak pergi kerja pagi Opah peluk Mummy sambil menangis. Mummy menahan sebak, dan hanya menangis dalam kereta. Sedih sangat sebab tak dapat nak hantar ke Kuala Lumpur. Susah pulak nak balik nanti, lagi pun kami berdua je anak beranak balik ke Ipoh. Dan tak mahu ambil cuti lagi.

Sempat Mama Achik hantar gambar ni di Hotel sebelum mereka bertolak ke airport

Pagi Rabu sekali lagi sebak. Mama Achik call, sambil menangis meminta maaf sebelum dia bertolak pergi. Haih, sekali lagi sebak, berlinang air mata sebelum masuk pejabat. MasyaAllah. Too emotional tak tahu kenapa. Pesan Mummy, jaga Opah kalau dia tak larat pakai kerusi roda dan yang paling penting jaga makan dia takot paras gula dia naik. 

Alhamdulillah mereka selamat sampai. Syukur dengan teknologi yang ada dapat kami ber-Whatsapp dan menghantar voice note. Pertama kali kami bersembang pon boleh jadi sebak. Dah la waktu tu makan Nasi Ayam Penyet yang pedas tu. Meleleh air mata. Kawan Cina dah pelik takkan makan sambal pedas giler sampai nangis sebab berkali kali makan tak pernah nangis. Hahahahaha

Sebak sangat baca ni. Aura kabaah sungguh kuat. Lagi pulak sebagai manusia yang banyak khilaf buat meremang bulu roma dan jadi emotional terus. 

Mama Achik tak putus-putus kirimkan gambar melalui Whatsapp. Gambar pertama mereka mengerjakan umrah abis pukul 2 pagi. Gambar Opah dan Atuk tengah tidur pon ada. Mereka berlima bermalam di Hilton kerana tak mahu Opah dan Atok berjalan jauh. Dan pakej ini hanya mereka berlima dalam satu kenderaan kalau kemana-mana. Memang patutlah harganya mahal lagi pulak umrah di bulan Ramadhan.

Atok & Opah

Pak Nek & Mama Oya

Pak Nek dan Mama Achik

Antara gambar-gambar yang mereka hantar. Syukur mereka nampak gembira dan selamat di sana. Risau pun ada sebab kata Mama Achik, Opah sihat sahaja cuma dia sendiri demam dan ada waktu tu dia terasa nak pitam. Tapi Alhamdulillah, dia okay sahaja. Seronok tengok gambar mereka melawat di sana. 

Kali ini Ramadhan pertama Mummy dan Qashrin berpuasa tanpa Opah. Rindu pon ada tapi gembira untuk mereka. Semoga mereka dapat mengerjakan umrah yang mabrur dan selamat pulang ke tanahair. 

Xoxo
Mummy Akmar