03/06/2014

Masuk Hospital Sebelum Bercuti Ke Penang

Assalam semua, OMG! Lamanya tak update entri di blog. Dah lama tak buat blog walking. Rindu sangat kawan-kawan blog. Hanya masih berhubung di Facebook dan Instagram.

Alahai siannya anak Mummy. Beberapa minggu lepas, dah seminggu batuk-batuk. Lepas tu dengar macam dah baik. Tiba-tiba, malam Ahad lepas 3 hari sebelum kami pergi bercuti, dia ada demam. Dengar batuknya macam guruh berdentum di langit. Rasa tak sedap hati sangat. Malam tu memang tak tidur jaga dia. Dalam hati risaukan takot dia dapat denggi. (biasalah Mummy akan jadi mode paranoid kalau Qashrin sakit) Hehehe.

Hari Isnin tu pulak, memang terpaksa pergi branch. Ada event di sana. Pagi tu terus call Opah, datang branch ambil medical card. Mummy bagi medical card Prudential BSN dan PMCare dari company punya. Terpaksa bagi dua-dua medical card sebab satu room coverage RM200, dari company punya hanya RM150. Takot nanti, bilik lain penuh. Tapi Mummy dah cakapkan, ambil sebilik sorang kalau boleh. Opah dan Atuk tolong bawa Qashrin ke Hospital Pantai dan suruh diorang bawakkan Qashrin jumpa Doktor Kuldeep dulu dan admitkan dia terus. 

Memang instinct seorang ibu tu tepat. Chewahh! Heee~ Doktor buat X-ray rupanya Qashrin dapat Mild Pneumonia di paru-paru kanan dia. Dah penuh kahak di situ. Alahai...Risau pon ada. Masa masuk Hospital tu, batuk dia semakin menjadi-jadi. Batuk kahak menggelegak terpendam dalam paru-paru.

Result X-ray Qashrin

Masukkan dia ni sebab hari Khamis nak pergi ke Hard Rock Hotel Penang. Kalau tak masuk awal nanti karang, mesti dia lagi teruk masa di hotel. Tahu lah hotel kan sejuk, dengan swimmingnya nanti. Itu pasal 3 hari sebelum bercuti tu, terpaksa masukkan dia jugak. Nasib baik boleh amik Compassionate Leave untuk jaga anak sakit di Hospital, cuti bergaji. Okaylah. Minggu lepas satu hari je Mummy kerja. Hari Khamis tu 29/May dah memang amik Annual Leave

Thank you Mak Der datang visit kami. Thank you Opah teman Mummy tidur satu katil bersama-sama. Hahaha

Alolololo...siannya dia.

Doktor kata lepas balik mesti kena masukkan ke Hospital sambung treatment pakai nebuliser sebab nanti batuk tu mesti datang balik dan jadi lagi teruk semula. Kata doktor, nanti dah masuk balik kalau tak demam takyah cucuk di tangan tu. Waktu keluar hari Rabu, bayar balance yang insurance tak cover tu. Tak ambil pon balance, malam tu balik rumah siap-siap nak ke Penang hari keesokkannya. 

Qashrin nampak okay tapi batuk dia yang Mummy risaukan tapi walaupon sakit dia masih aktif. Hehehe Okay, jom baca cerita entri lepas ni cerita cuti-cuti Malaysia kami. Heheheh~

Xoxo
Mummy Akmar