30/06/2014

Iftar Hari Pertama Bulan Ramadhan 2014

Hari pertama berpuasa ni mesti nak berbuka puasa bersama keluarga. Macam-macam perasaan ada. Yang paling ketara tu mesti rasa penat takde tenaga. Memang macamtu jadinya sebab perubahan sistem badan seharian tanpa makan dan minum.


Mummy dan Qashrin berbuka di rumah Mak Der (Kakak). Menu kami hari semalam, Mummy masak nasi minyak dan ayam percik dan cicah air asam kerisik. Mak Der pula masak dalca ayam sayur. Sebagai pencuci mulut pula, pudding sago di makan dengan susu cair dan gula melaka


Ayam percik nyummy!

Cicah air asam kerisik

Kari Dalca 

Nasi minyak

Semalam punya hari ini baru sempat nak upload gambar. Hehehe. Kalau rajin, mulalah blog ni dipenuhi entri berbuka puasa bulan Ramadhan. Korang semua berbuka apa? 

Xoxo 
Mummy Akmar