07/06/2014

Cuti Sekolah Bulan May 2014 Ke Hotel Hard Rock Hotel Penang (Part 2)

Sambung lagi cerita dari entri sebelum ini. Hujung minggu macamni barulah sempat baru nak update entri di blog. Biasalah hari biasa memang sibuk bekerja. Baru-baru ini dapat satu tawaran pekerjaan dari salah sebuah Bank yang lain dengan tawaran gaji lebih tinggi tambahan 30% dari gaji yang ada, tapi employee benefit tak boleh challenge dengan apa yang ada sekarang. Tengoklah macamana. Sebab awal-awal dia suruh jaga branch yang agak jauh dari Ipoh, iaitu Taiping. Tunggu offer letter baru fikir dulu. Ahaha.

Okaylah marilah sambung cerita cuti-cuti Malaysia dari entri sebelum ni. Keesokkan harinya, pada hari kedua, kami bangun pagi semua sarapan pagi di Pizzeria, tempat makan open air tepi laut. Macam-macam ada dengan bunyi ombak laut dan cuaca sangat redup. Di Penang haritu, cuaca kadang-kadang hujan kadang-kadang redup.

Laut dan cuaca yang macamni memang best. Pagi-pagi tu hujan lebat sangat. 

Pagi-pagi dah ada dua orang ni jadi alarm. Hehehe


Simple breakfast. One blueberry muffin, samosa kecil, 2 pieces of toast bread with salads, turkey ham and some thousand island sos. Dan juga baked beans. Ohh, ada harshbrown. Simple ke ni??? Hahahah

Diakhiri dengan choco bread pudding with vanilla bean sauce.

Lepas makan-makan pagi, kami naik keatas tukar baju dulu, kitaorang pergi dulu bawak anak-anak ni dekat Lil Rock Planet. Main-main gelungsur dan aktiviti yang disediakan. Lepas dah puas main dekat sini, tukar baju sambung swimming pulak.

Amboi kemain posingnya

Caterpillar ride

Aloooor cutenya

Color ramai-ramai, kemain colornya

 Ini hasil tiga orang color?? Aiyoooooyoooo... hahahaha

 Main slides pulak. Ichin, Muzammil dan Aqil. Heheh Cute

Dah penat-penat swimming. Balik bilik dan ready untuk makan tengahari. Makan tenghari special sikit. Nasi Kandar Line Clear.

Line Clear mariiiii!

 Budak-budak tengah tidur. Kami makan ni dulu.

Bangun je si kenit ni. Order spaghetti bolognese untuk diorang.

Petang tu acara mandi-manda, main pasir dan pelbagai aktiviti. Malam tu, abang cadang makan nasi arab di Tarbush Batu Feringghi. Memang sedap!! 

Tak reti duduk diam. Kami baru lepas bergaduh dan merajuk. Hahaha Buat perangai. Mummy naik hangin.. Hahaha..Tapi kami akan bersatu kembali.

Dua meja panjang untuk kami

Menu kami malam tu, Briyani ayam dan kambing, Arab Salad dan sets of Kebab. Sebagai ending minum Arabic Mint Tea. 

Total damage di Tarbush Batu Feringghi

Malam tu lepas balik ke bilik kekenyangan, kami balik ke lobi Hotel. Sedang berlangsung waktu tu Live Band di lobi hotel. Sebenarnya dari petang dah ada single performance sampai malam. Memang best. Hihihi. Sementara tu kami pergi ke Hard Rock Shop shopping baju-baju buat kenangan. Heeee~

Total damage beli baju ni bilik 510 bilik kitaorang je.

Esok pagi, hari terakhir Mummy dan Ichin tak swimming pon. Breakfast dulu, lepas tu jalan-jalan posing-posing dan ambil gambar, lepas tu naik bilik siap-siap apa yang patut. Kami bertolak pukul 11 pagi sebab Atok nak kejar kenduri sedara di Ipoh hari Sabtu tu.

Lepas breakfast kami tangkap gambar dulu

Baju kami. Semua balik pakai baju yang kami beli semalam

 Gambar-gambar yang ada Mummy ambil.

 Abang MJ

Gambar wajib...Haha

 Main sponsor pon nak berposing. Body builder sekarang ni. Gambar ni dekat Tabuteens Club, dekat sini ada pool table and arcade games. Hahahaha

Guitar ni pon wajib ambil gambar

Dah siap-siap tu, kami pon bergerak pulang ke Ipoh. Mulanya plan nak makan laksa dekat Penang. Tetibe traffic jam teruk sangat. Kami terus kan perjalanan. Kereta Ayah Yob dengan Mak Der terus ke Ipoh sebab nak pergi kenduri. Kami ikot kereta Pak Nek, tukar plan nak turun Kuala Kangsar makan Laksa Telur Goreng dekat Kota Lama Kanan. 

Bye-bye Jambatan Pulang Pinang. Jumpa lagi.

Laksa Telur Goreng. 

Sampai je rumah. Budak kenit dua orang ni buat kerja mengemas. Adoih pengsan!!!

Balik je Ipoh, nasib ada satu hari lagi hari Ahad untuk rehat-rehat. Tapi fikirkan Qashrin tak sihat lagi batuk kuat, doktor suruh sambung rawatan lepas balik bercuti. Hari Ahad tu masuk balik Hospital Pantai untuk sambung treatment. Dia baru je discharge dari Hospital Pantai hari Khamis lepas. 

Itulah cerita cuti-cuti Malaysia kami. Korang pulak cuti sekolah ni jalan-jalan kemana?

Xoxo
Mummy Akmar