07/06/2014

Cuti Sekolah Bulan May 2014 Ke Hotel Hard Rock Penang (Part 1)

Horeay!! Cuti sekolah lagi. Yeay! Yeay! Macam budak-budak je seronok bila cuti sekolah. Maunya tak seronok sebab dapat pergi bercuti dan jalan-jalan. Hehehe.

Cuti sekolah kali ini kami satu famili berpakat nak pergi Hotel Hard Rock Penang bermalam 3 hari 2 malam. Kiranya ini kali kedua Mummy bermalam di sini. Kalau nak baca entri terdahulu boleh klik SINI. Tapi yang berpakat nak bayar dua orang jer. Hahaha Yang lain berpakat memberi cadangan bernas. Hahaha. Cuti kali ini ditaja oleh abang sulong (Ayah Yob) dan abang ketiga (Pak Nek). Tenkiu! Kami booked 7 Seaview Deluxe Room. Bilik jenis ini memang besar, ruang yang luas berbanding dengan previous stay dulu bilik biasa agak sempit ruangnya.

Perjalanan bermula dari rumah Opah semua berkumpul. Kami breakfast dulu dan mula bertolak beramai-ramai konvoi 5 kereta. Tujuan kami selepas itu untuk makan tengahari di Restoren Pak Din Ikan Bakar di Kepala Batas. Uish...best woo! Seafood heaven dan segala makanan yang dipanggang dan dibakar ada. Tak masuk lagi ulam-ulaman dan lauk pauk. Nyummm!!

Mummy, Qashrin, Sara dan Opah dalam kereta Mama Achik.

Ini antara gambar yang Mummy ambil dan uploadkan instagram. Gambar lain tak sempat nak snap. Kalau nak tahu lokasi tempat makan ni boleh google sahaja. Ramai blogger yang kongsikan Restoren Pak Din Ikan Bakar Kepala Batas. Kedai ni bersebelahan sawah padi. Yang terbaik adalah daging bakaq dia. Memang sedap!! Makan macam tu je pon sedap. 

 Dah abis makan tu, sementara tunggu yang lain. Jom kita bergambar dulu. Happy faces sangat ichin ni, batuk berdekah-dekah. Yerlah tiga hari sahaja masuk Hospital buat treatment. Tak abis treatment lagi. Hehehe

Lepas je kami makan dengan jayanya dan kekenyangan, kami teruskan perjalanan dan beratur naik kereta. Ya Allah, memang best gila, jalan kosong je sebab kami pergi hari Khamis hari bekerja dan awal cuti persekolahan. Senang je nak naik feri. Tapi sebelum naik feri, macam biasa Mummy akan paranoid takot feri tenggelam. Tetiba teringat kes Kapal besar di Korea yang tenggelam. Wahahahaha. Kitaorang ni semua dalam satu group Whatsapp Family, memang kecoh gila. Hahaha

Gambar kita semua dari kamera Mummy. 

Ini kami semua jakun sebab pertama kali kami bermonopod. Mama Tini dan Edry beli monopod semata-mata pergi ke Penang. Semua macam aktif dan gembira. Hahahah

Yeah mari bermonopod lagi. Mama Tini punya siap ada remote kontrol. Edry punya manual pakai timer. Hahaha Best-best...

Monopod lagi.

Banyak lagi gambar monopod kami ni, tapi cukuplah 3 sahaja di sini. Karang ada yang meluat tengok gambar kami. Macam-macam style. Hahaha. Kami teruskan perjalanan ke Hard Rock Hotel Penang. Bila sampai je, tunggu nak check-in takdelah lama sangat. Sebab semua dah siap cuma nak ambil kad bilik. 

MasyaAllah. Anak siapa ni. Berpeluh-peluh berlari satu bilik. Kemain dapat geng dengan Si Sara tu. Berlari sana sini. Pause kejap sayang, posing dulu. Mummy perlukan model jap. Hahaha. Malam-malam tidur bunyi desiran ombak bunyi air laut. Sangat tenang. 

 Hall bilik ni memang besar. Katil yang selesa dan tinggi, tilam dia tebal dan empuk. Kemainnya buat komentar yang sangat perincikan. Hahah. Kali ini tak buat liputan dalam tandas pon sebab dulu dah ambil gambar. Bilik kami kali ini muka Elvis Presley terpampang dalam toilet. 

 Okay apa lagi, marilah berselfie gitu. Hashtag di instagram #lovingmyview . Hahahah

 #metime #holiday #familyholiday Ahaaa tatau nak letak caption apa. Hahaha.

Mak-mak nak rehat kejap. Korang pandai-pandai main yer. Sorang lagi dah sampai tak berbaju lagi. Hahaha. Kami berehat dulu sebelum ke acara seterusnya iaitu acara berenang beramai-ramai. Hehehehe. 

Ya Allah, tengoklah si Qashrin paranoid sangat tempat dalam sikit. Naik mandi tempat kanak-kanak je. Hahahah Sian kena paksa. Naik slide pon kena paksa.

Tengok tu, muka berkerut. Sampai nak duduk atas tepi kolam je. Hahaha.

Kanak-kanak riang beratur naik. Dengan Mummy sendiri naik berkali-kali. Suara paling kuat tu suara Mummy lah. Wakakaka

 Pepetang tu, kami lepak dekat cabana ni, gambar makanan yang sempat snap ini je. Macam-macam ada, chicken wings, french fries, club sandwich and chicken peperoni pizza dan juga fresh oren dan chocolate shake. Tengok tu, dah penat swimming konon dah swimming beberapa lap, tambah lagi kalori. Hahaha

Ewah-ewah...kemainnya muka dia. Tapi floater terbalikkan. Gigih berdiri dalam kolam yang berpasir nak ambil gambar ni

Ini gambar confident berani. Gemukkk =( Hahaahaha...

Dah penat-penat swimming tu untuk makan malam, kami makan di Hard Rock Cafe Penang. Sebelah je. Kami makan malam sambil sambut harijadi untuk Atok dan Maisara. Famili kami seramai 24 orang masuk ke Hard Rock Cafe, ada yang pakai baju tidur ada yang mengantok. Hahahaa. Confident kami semua. Meja paling panjang depan stage. 

Dinner at Hard Rock Cafe Penang

Kami bermonopod Hehehe.

Meja paling panjang depan stage.. sebelum kami pindah ketepi sebab nanti terlalu bising untuk budak-budak. Nak amik order yang lama sangat. OMG!! Opah siap bawak nasi brown rice dia. Hahaha.

Monopod Auntie Tini pakai fish eye lens. Dia snap tanpa disedari. Hehehe...Nampak sangat semua tengah on social media.

 Ya Allah, confident anak Mummy. Naik atas stage. Adoihai. Menari-nari. Tak lama kemudian anak mat salleh pon join naik atas, lepas tu dia lagi confident main drum. Hahaha. Kalau nak tengok video dia boleh ke link keekQashmere
 Lil baby eat play rock n roll ... Tagline HRC 

 Ini menu Mummy dan Qashrin. BBQ Chicken untuk saya. dan Kids Meal Mac n Cheese. Set kanak-kanak RM18 je

Mana yang Mummy sempat snap. Hehehe. Tapi sebenarnyakan HRC ni kalau makan Burger dia yang paling sedap.

Man Vs Food.. Jenuh dia nak abiskan ni Hahaha. Order dua sekali. Nachos and Steak

Waktu kitaorang makan, tetiba je beberapa staff HRC Penang make a loud wish for both of them. Sebenarnya complimentary cake dah diberi dalam bilik. Yang ini another cake. Double celebration. Semua orang wish dan nyanyi. Happening giler! Nak tengok video dekat sini KeekQashmere

Gambar kenangan Atok dan Opah. Maisara pon ada gambar family potrait dari HRC Penang. Kek tu kami bawak balik bilik sebab dah terlalu kekenyangan. Hehehe!

Malam tu, ada yang tinggal di bawah dengar live band. Ikotkan nak stay tapi Qashrin dah nak balik, nak buang air lah nak tidur lah, susah jugak kalau pakai rompers ni. Balik bilik takde pon tidur terus. Kemain bermain-main lagi dengan diorang. Berlari-lari sakan depan koridor. Yerlah ambil 7 bilik. Semua macam lari-lari tanpa segan silu macam rumah diorang. Kejap masuk bilik ini kejap masuk bilik lain. 

Total damage at Hard Rock Cafe Penang. Thank you Mama Achik! Hihihik...

Malam tu sesudah kekenyangan. Perut pon dah buncitkan. Balik naik atas. Tidur dengan lena sambil dengar desiran air pantai. Rasanya dah banyak dan panjang sangat untuk entri kali. Sambung di entri yang baru. Jap lagi sambung buat lagi. Gambar-gambar ni ambil terus dari instagram Mummy. Sebabnya kalau upload gambar dari camera terus macam lambat sangat nak upload mungkin size terlalu besar. 

Xoxo
Mummy Akmar