30/06/2014

Baju Raya Kanak-Kanak 2014

Semalam tergerak hati, nak tengok Gymboree.com saja nak cuci mata. Terus Mummy email kawan blogger Emelia tanya tahun ni ada terima tempahan order beramai-ramai kirim shipment dari USA. Nasib baik sempat, kata dia Mummy on-time sebab tarikh tutup semalam sebelum pukul 12 malam. Maklumlah barang dari USA ni ambil masa dalam 3-4 minggu baru nak sampai Malaysia. Kena melalui kastam dan sebagainya. 


Pilih punya pilih semalam. Dah pilih 3 dress dan 3 kasut, tapi bila dia buat pembayaran satu lagi dress dah abis. Aduh, dia pulak tak replace mana-mana dress yang cantik. Dah takleh tambah order. 

Kanak-kanak memang cepat membesar. Cepat je baju dah kecik. Walaupun kengkadang tu beli baju mesti satu tahun besar. Banyak jugak baju Qashrin yang elok-elok nak "let go" nak letak murah-murah je. Kalau rajin nanti boleh buat Kids Pre-Loved Item. Ada kasut tu hanya pakai sekali sahaja. Ada pulak dulu kirim dari kawan beli di London, kasut yang bertali antara ibu jari tu dia tak reti pakai. Langsung tak berpakai. Nasib lah murah. Hmm...InsyaAllah akan di buat satu entri untuk jual barang-barang terpakai. Ada dress, jeans, tees, blouse, skirts and shoes.

Dapat beli 2 dress sahaja. 3 kasut.

Cara pengiraan 

Total USD 55.95 x 3.33 = RM 186.30

RM 186.30 + 10% (custom charges) = RM 204.90

RM 204.90 + RM 5 (handling charges) = RM 209.90

RM 209.90 + RM8 (poslaju) = RM 217.90

Okaylah dengan harga macam ni. Kalau beli dekat Malaysia pon lebih dari harga ni, lagi mahal kot dengan barang-barang ni. Tapi dekat Gymboree.com pon tak banyak yang berkenan. Semua dress sleeveless sebab sekarang Musim Spring nak masuk Summer. 

Mummy apa-apa dahulukan Qashrin dulu. Biar Mummy takde baju raya tapi dia ada. Hahaha (ayat sedih ending-ending pulak). InsyaAllah nak beli lagi. Aduih raya ni nak plan untuk Birthday party dia lagi. Nak theme Princess Sofia The First pulak tu. Mama Achik pun nak join buat theme My Little Pony untuk Sarah. Kalau buat birthday party ni yang terakhir, next time buat simple-simple je. Hahaha boleh fikir ke situ pulak. Tengok rezeki jugak nanti. 

Xoxo
Mummy Akmar