13/05/2014

Sambutan & Aktiviti Hari Ibu

Hujung minggu adalah hari makan best dan hari adik beradik datang berkumpul. Nak pulak ada special day iaitu Hari Ibu. Hari tu kenalah masak banyak dan seperti biasa Mummy akan masak tapi maid kakak akan tolong potong-potong apa yang patut.


Sebenarnya, dah 3 minggu berturut-turut kami makan udang dari Sabah. Setiap kali abang sulong balik Ipoh dia akan bawak 4kg udang beku dari Sabah. Memang dah jemu pulak makan udang. Nasib baik tak kena alergi udang. Fikir punya fikir, nak masak apa yang best dengan udang-udang ni. Sebab dah dua kali berturut-turut, masak Sambal Tumis Udang. Jadi menu istimewa pada hujung minggu lepas, Mummy masak 1kg egg salted prawn, 3kg curry prawn dan juga ayam masak merah. Menu sampingan pulak, beef lasagna. 

Tengok udang-udang ni. Memula memang excited, tapi ini dah kali ketiga makan. Dah tak lalu. Tak tahu ler kalau hujung minggu ni dia bawak balik lagi ke tak. Hahahaa....

Segala bahan-bahan nak masak disediakan oleh pembantu rumah kakak. Nasib baik dia ada. Memang Mummy turun dapur nak memasak dan menumis. Nanti Mummy kongsikan resipi, Tapi buat masa ni tak sempat kot. Jom tengok end product masakan Mummy. Hahaha.

Udang Telur Masin

Kari Udang 

Ayam masak merah

Memang sedap makan kari udang pekat-pekat, lepas tu dengan egg salted prawn. Yummy...bukan nak puji masakan sendiri tapi memang ramai yang puji. Hahahaaa. Lepas sahaja makan tenghari, kami sambung lagi memasak lasagna. Kali ini Mummy masak red sauce sahaja, yang lain semua kakak yang buatkan. Segala white sauce dan jugak layering Lasagna dia yang buatkan. Ganti tukar jadi Chef pulak katanya sebab Mummy dah penat. Lasagna pun dah tiga kali kami buat. Adoih dah takleh masuk perut dah. Dah boring. Hahaha.....tapi budak-budak suka. Tengok dorang makan 3 kali tambah, Qashrin pon suka. Anak abang siap tapau bawak balik KL. Tapi sebelum balik tu, dua kali makan. 

Kakak sambung buat lasagna. 

Alahai si kecik ni pon nak sibuk jugak. 

Dah siap di bakar. Bagi sejuk dulu baru kita potong. Tapi tak sempat sejuk pon dah makan

Opah and cucus cucus. 

Ini free-style. Wakakakaka 

Happy Mother's Day Mak...........aiyoo banner Happy Birthday bertahun lekat dekat situ. Hahaha

Nyummy! Red velvet cake......

Selfie dengan mak

Selfie dengan Ichin.. Hehehehe