11/04/2014

Rezeki Dari Allah Dikongsi Bersama

Sebagai ibu tunggal, banyak keperluan yang Mummy perlu sediakan untuk diri sendiri dan anak. Selalu berdoa, "Ya Allah, bukaklah pintu rezeki seluas-luasnya dan Kau tunjjukkanlah jalan untuk mendapat peluang pekerjaan yang dapat menjamin masa depan". Amin....


Memang selalu berdoa. Kerana di Ipoh ni memang peluang pekerjaan tak sama di Kuala Lumpur. Lebih-lebih lagi gaji yang ditawarkan memang rendah. Jadi, kalau nak cari pekerjaan tu, sudah tentu kalau boleh nak majikan beri "employee benefit" untuk diri sendiri dan anak. 

Syukur. Alhamdulillah. Rezeki Allah di mana-mana. Memang tak sangka dapat bekerja di Bank dan juga syukur sangat-sangat peluang yang diberikan. Alhamdulillah juga, dapat "employee benefit" yang di inginkan. Antaranya, medical card, hospitalisation benefit including delivery cost, dental, optical, staff housing and car loan, mileage and phone bills claimable dan lain-lain. 

Bila dapat kerja baru ni, Mummy ambil peluang untuk berkongsi bersama rezeki yang ada. Dua minggu lepas, Mummy sponsor lunch di rumah. Menu macam-macam ada. Kari Ketam, Gulai Lemak Udang, Asam Pedas Kepala Ikan dan Kerang Rebus Cicah Air Asam. Banyakkan menu? Hahaha. Best makan ramai-ramai. Dan semua ni Mummy masak sendiri. Tapi dibantu oleh maid kakak. Gigih nak masak banyak-banyak tapi dah memang suka memasak takde masalah sebab semua bahan-bahan dah siap dipotong cuma tunggu nak menumis je. Hehehehe.

Sempat snap dalam kuali dan periuk. Hehehe. Kari Ketam dibiarkan mendidih. Lepas tu bancuh telur dan tuangkan. Terus tutupkan api. Kuah dia jadi pekat. Sedap!!

Asam pedas Kepala Ikan. Yang ini pon sedap jugak. Hahah Puji masakan sendiri

Gulai Lemak Cili Padi Udang di masak pekat-pekat. 

Last sekali kerang bakar dalam oven. Letak serai, lengkuas dan serai. Kasi wangi sikit.

Bila masak banyak-banyak camni. Dah tak tahu nak makan yang mana satu. Waktu tu, Mummy hanya makan pada waktu tenghari makan ketam dan udang, malam tu baru makan asam pedas. Hehehe. Alhamdulillah semua abis licin. 

Inilah dinamakan rezeki dari Allah dikongsi bersama. Lapar ler pulak tengok gambar makanan. Hahaha

Xoxo
Mummy Akmar