12/04/2014

Resipi Gulai Lemak Udang Cili Padi Yang Sedap Dan Mudah

Hari tu dua minggu lepas, Mummy masak macam-macam makan bersama keluarga di hujung minggu dan antaranya adalah gulai lemak udang cili padi. Memang sedap dan mudah sahaja nak menyediakan menu ini. Resipi Gulai Lemak Udang Cili Padi ini sesiapa sahaja boleh masak sebab penyediaannya mudah sangat.

Setakat ini, apa yang Mummy pelajari dan tengok dari orang lain masak, rasanya ada dua cara nak menyediakan Gulai Lemak Udang Cili Padi ini. Salah satunya cara tumbuk semua bahan-bahan yang diperlukan dimasukkan dalam periuk bersama santan dan renihkan sahaja, lepas tu masukkan udang dan garam secukupnya dan siap untuk dihidangkan.

Tapi kali ini, Mummy nak berkongsi cara penyediaan Gulai Lemak Udang Cili Padi yang lain iaitu Mummy guna cara menumiskan dulu bahan-bahannya seperti di bawah ini.

Bahan-bahan

1 kg udang kertas 
5 ulas bawang merah kecik
4 ulas bawang putih
1 ibu jari besar kunyit hidup
(kalau takde boleh pakai serbuk kunyit)
4 tangkai cili padi 
(kalau nak pedas tambah lagi buat dalam 8-10 cili padi)
1/2 ibu jari besar halia
2 hirisan lengkuas
1 batang serai dititik
Santan dua kotak kecil (1000ml)
(tapi dalam resipi ni pakai santan kelapa betul)
Garam secukup rasa
1 asam keping
Buah tomato (optional)
2 sudu minyak masak untuk menumis
Cara-cara

1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia dan cili padi sehingga lumat dengan menggunakan lesung batu. Kalau tak berapa rajin tu, blendkan sahaja tapi jangan letak banyak air kerana bahan-bahan ini akan ditumis dengan sedikit minyak seperti gambar di bawah nanti. Tapi kalau pakai lesung batu, masakan lagi sedap. Cuma nak rajin sikit je. 

2. Dah lumat semua bahan, panaskan periuk dengan dua sudu minyak. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tu bersama lengkuas dan serai. Tumis sampai naik bau. Minyak yang digunakan sikit sahaja tau.

3. Dah naik bau tu, masukkan udang tadi dan tumis seketika. Kemudian masukkan santan, asam keping dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan udang pon dah masak. Akhir sekali masukkan buah tomato.

Udang dah dibersihkan dalam 1 kg

Bahan-bahan yang ditumbuk untuk ditumis dengan sedikit minyak nanti

Bahan-bahan tumisan

Masukkan udang.

 Goreng seketika sampai udang kelihatan pink blush sikit sebelum masuk santan dan bahan lain

Masukkan santan dan semua bahan. Akhir sekali masukkan tomato.

Tadaaa, inilah hasilnya. Mummy suka pekat-pekat. Makan dengan nasi panas-panas. Umphh sedapnya. Hahaha.

Senangkan buat Gulai Lemak Udang Cili Padi ni? Senang dan mudah bukan? Sesiapa sahaja boleh buat di rumah. Bak kata Chef Wan, Cik Jah dan Cik Senah pon boleh masak, main campak-campak je. Hahaha. Gulai lemak cili padi ni juga boleh digantikan dengan ikan dan juga ayam. Ikot selera masing-masing. 

Selamat mencuba!

Xoxo
Mummy Akmar