05/04/2014

CUTI SEKOLAH BULAN MAC 2014 KE PORT DICKSON LAGI ( PART 2 )

Sambung dari entri sebelum INI yang kami ni berpindah randah dalam hari yang sama. Selepas sahaja balik dari mandi di Lagoon Best Western Port Dickson yang tak best tu. Kami mula pack barang-barang, bawak semua barang sendiri turun lif dan jalan jauh ke tempat parkir kereta. Terus kami sambung perjalanan ke Thistle Port Dickson


Thistle Port Dickson Hotel terbaik di Port Dickson sesuai untuk keluarga
 Yes, this is holiday. Baru ada rasa mood ber-holiday...

Sementara tunggu check-in, budak-budak pon tengah main lego , mari lah kita bergambar dengan Opah...

By the time kitorang check-in masuk bilik pun dah petang dekat maghrib. Lepas semua masukkan barang-barang apa yang patut, semua mandi petang, terus malam tu kami makan malam di Restoren Chinese Muslim Seafood. 

Kitorang amik dua meja besar dan dua set of ikan siakap goreng sambal, sotong goreng tepung sambal, ada garlic butter prawn, tomyam, sayur kailan dan sayur kailan dan air tembikai dua jug besar. Memang sedap. Sempat ambik gambar ni je sebab dah penat dan lapar. Hahaha

Balik je bilik, semua dah ready tidur. Mummy sebilik dengan famili kakak. Suami dia takde sebab kerja, cuma dia bawa maid dia. Maid dia tidur di tepi tingkap tu. Kitorang bawak toto untuk dia. Dua anak lelaki dia share satu katil, Mummy satu katil dengan Qashrin. Kakak pulak tidur atas extra bed. 

Ini dah penat sangat ler ni. Swimming over dose sampai tetidur gaya bebas. Hahaha

Esoknya, hari kedua di Port Dickson, kami bangun dengan muka yang ceria. Tak sabar nak swimming dekat sini pulak. Tapi sebelum tu makan pagi. Semua breakfast di hotel. Yes seperti review Mummy sebelum ni, makanan di Thistle Port Dickson memang sedap dan memuaskan. 
Berjalan ke lif dari bilik. Akan nampak pemandangan indah pagi-pagi. Cantiknya...tenang dan aman....Hehehe

Bila dah berumur ni, makan ala kadar je. Yeker?? Boleh caya ke korang Mummy makan ni je? Hahahaha. Yang ini self-made sandwich. Kapit roti, letak turkey ham, sayur-sayur, letak mayo and some olive oil. Tetibe jalan-jalan, ada ternampak daging salai. Tambah seketul di situ. Kapit dan makan. Sedapppppp!!!...Heheheh

Qashrin memang susah sikit nak makan pagi, nak pulak tu dia dah minum susu 9oz pagi tu. Dia makan koko krunch dan susu je. Dan yang lain mana sempat Mummy sumbat dalam mulut dia. Tak sabor sabor nak pergi ke sini.

Orang pertama pergi ke Kids Room. Dulu kitorang pergi, penuh bebola kecik ni boleh tenggelam. Sekarang ni, dah sikit pulak. 

Lepas kami makan, kami berdua morning walk ke pantai. Tenang je tengok laut....

Muka selamber blur dapat main pasir. Saja tengok gelagat dia. Main pasir pakai kaki dulu.

 Dah squatdown pulak

Pegang pegang pasir

Seronok le tu. Dah tak ingat kotor dah.

Dok tanya nak buat sand castle.

Cuba buat castle...

 Dah puas-puas main dengan pasir tu, Mummy ajak naik atas tukar baju, boleh swimming dan lepas tu boleh pergi pantai.

Sajalah singgah dekat Hotel Mart. Dia ternampak menda ni pulak. Dia kata nak buat sand castle for Mummy..Kesian pun ada. Okaylah belikan jugak RM38 dengan pelampung tangan RM20...Kalau beli di luar mesti murah lagi kan.

Gambar swimming tak ambil le pulak. Semua dekat camera lain. Hahaha Berendam ler kami sampai muka hitam legam dah. Mandi punya mandi sampai pukul 11 pagi kot. Lepas tu semua balik ke bilik untuk lunch. Kitorang lunch dekat luar. Dekat kedai asam pedas. Dekat je dengan Hotel. Dah makan tu, kami balik ke Hotel balik. Tau kan apa kitorang semua buat? Tidur secara berjemaah. Macam-macam bunyi dengkuran ada termasuk dengan Qashrin pun berdengkur. Bangun je petang tu, kami semua siap-siap balik, nak swimming 2nd round dan main di tepi pantai.

 Muka lepas bangun tidur.

Cousin dia yang lain pon turut bantu nak buat sand castle. Susah jugak yer. 

Nak buat sand castle ni atau nak buat bentuk-bentuk tu. Pasir tu kena lembab sikit. Waktu ni air tengah surut

Beberapa kali attempt nak buat sand castle. Akhirnya jadi jugak

Castle ke dua

Air laut tengah surut. Lubang lubang kecil depan dekat laut tu, macam corak pulak. Unik!! Dalam tu boleh nampak ketam kecil

Dah elok buat, ada pulak yang pecahkan. Hahahah sabar jelah budak budak ni

Mari kita bekerjasama membanting tulang buat castle. Ada beberapa famili dekat sini. Tapi team ini paling kecoh. Hahahahaha

 Dah penat-penat tu, kami balik ke swimming pool. Cuci apa yang patut. 

Malam tu, kami semua macam malas giler nak keluar. Ada yang order Nasi Goreng Kampung, ada tambahan pulak abang beli KFC. Banyak berlebihan. Semua simpan energy untuk perjalanan esok. Esok pagi tu, tak swimming pun. Lepas je breakfast, kami naik atas, siap-siap barang semua. Nak balik ke Ipoh. 

Sementara nak tunggu check out tu, letakkan bebudak ni dekat Lego Room. Senang sikit nak kawal.

Semua dah ready, barang pon dah masuk dalam kereta. Kereta abang pertama dah gerak ke Ipoh. Tinggal tiga kereta. Kata Pak Andak jom kita singgah Melaka. So, abang sulong dengan kereta Mummy pon kata okay. Sekali, sampai je Melaka, diorang suruh Mummy lead the way. Ah sudah, ikot mesti kena lalu jalan dari MMU, terus ke Mahkota Parade terus ke sini. Diorang nak tengok A' Famosa dan lain-lain. 

Mula kitorang singgah makan. Nak makan pon taktahu dekat mana. Boleh kitorang makan dekat Restoran masakan Indonesia. Alahai, nama lupa lah pulak. Wak apa ntah. Kedai tu ada dekat KL jugak. Sebab mula nak makan kedai Nyonya, tapi ragu pasal Halal. Tu yang tak jadi. Nak makan asam pedas pon tak tahu dekat mana. Memang tak ingat dah jalan. Hahaha Kedai Restoren Indonesia di Melaka tu sebelah je Mahkota Parade.

Antara gambar yang sempat Mummy snap di tengah-tengah jam tu

Dekat area sini.

Sesaja snap. Hehehe

Sampai dekat Tourist Area sini, tatau nama tempat ni. Tempat ada AFamosa semua tu lah. Nampak beca Hello Kitty. Kesian Ichin nak naik tapi kitorang nak makan dulu

Lepas je makan, kitorang amik keputusan nak balik. Kereta yang balik Ipoh, kereta Ayah Yob dan kereta Mummy. Sebab Mummy fikir, kalau tolak petang dari Melaka, nak sampai pukul berapa dekat Ipoh. Sure lewat malam. Esok dah nak masuk kerja. Terus kami balik gerak ke Ipoh. Pak Andak bawak anak-anak naik beca, pergi A Famosa, naik tower Taming Sari dan macam-macam. Jeles pulak dengar. Hahaha. Tapi apakan daya, dia laki bini cikgu, esok tu tak kerja. Takperlah kan.....

Kalau nampak air terjun ni dekat dah nak sampai MMU Melaka. Hehehe

Kami teruskan perjalanan, Mummy bawak kereta Exora Mama Oya, sebab famili Mak Der tumpang sekali ramai boleh ikot. Drive perlahan lahan pergi menuju ke KL dan Ipoh. Mengantok dan penat pon ada. Sampai Ipoh lebih kurang jam 8 Malam. Dinner dulu di rumah Mak Der, balik rumah dalam jam dekat 10 malam. Punggah barang masuk rumah semua, mandi dulu terus tidur. Esok tu kerja, adoih sakitnya badan.

Baru-baru ni pon Mummy tak sihat. Kena cirit birit dan muntah. Baru nak baik, demam dan sakit tekak. Dua hari yang mencabar. Ya Allah, dugaan betul. Tak amik MC pon sebab taknak bad record. Lunch time rehat di rumah. Tapi dalam dugaaan tu, Allah bagi hikmah, dapat 2 business case dalam satu minggu. Alhamdulillah.

Inilah cerita cuti sekolah kami, korang pulak cuti pergi ke mana? 

Xoxo
Mummy Akmar