16/03/2014

Sambungan Cerita Sewaktu Training Di Akademi CIMB Putra Bangi ( Part 2 )

Hujung minggu macamni adalah sedikit masa nak sambung cerita dari entri sebelum INI. Tinggal sorang-sorang dalam rumah sementara pembantu rumah sedang mengemas dan cuci apa yang patut sangat bliss! Qashrin dan Opah ikot Mama Oya pergi ke MRSM Parit untuk melawat Marissa. Waktu macamni lah baru ada mood nak update blog.


Sewaktu seminggu di Akademi CIMB Putra Bangi, masa sangat limited. Bangun je pagi-pagi, selepas je solat terus siap sedia untuk ke Lecture Room. Malam sebelum tu lewat tidur sebab belajar untuk exam di hari terakhir di Malaysian Insurance Institute (MII). Setiap hari semakin hampir hari peperiksaan semakin berdebar jantung. Hahaha. Yerlah memang bila baca notes dan buku teks langsung takpernah baca sebelum ini dan memang jenuh nak paham maksud-maksud ayat dalam tu. Sebagai student Multimedia (tatau relevan ke tak ayat ni) sememangnya tak pernah baca atau tengok perkataan dalam buku nota dan buku teks yang diberikan. Hmmm.....

Ini training room kami. Sejuk sesangat. Tiap tiap hari kami orang pertama sampai. Konon macam student terbaik dekat UNI. Hahahaha terasa poyo sangat.

Kami semua macam dapat goodie bag. Sekali bukak segala buku teks.

Ada hari kami belajar di komputer lab untuk belajar sistem CIMB. 

My chinese friend from utara. Such a pretty, kind, cheerful girl and love to laugh especially from my jokes. We were so stressed on the exam sebab memang takde basic knowledge langsung. 

We had so much fun and really enjoying the courses the whole week. There is always things to be make fun of it and turn out to be jokes yang sampai semua gelak sampai nangis. Hahahahaha. Totally gonna miss them. Memang tak banyak sangat amik gambar. Hari pertama training memang dah fokus sangat pada pembelajaran dalam kelas, memahami dan hafal untuk exam nanti.

Meja kami yang paling happening. Dalam kelas ni ada dua puak. Hahaha siap ada dua puak.

Hari kedua terakhir iaitu hari Khamis, kami dapat baju sponsor. Adidas tracksuit dengan logo syarikat. Hahaha. Pada hari yang sama juga kami diberi satu laptop seorang. Ada dua jenis jenama iaitu Lenovo dan Acer. Bayangkan betapa beratnya bag Mummy. Syukur sangat boleh sumbat teks book, baju-baju, laptop dan segala barang dalam bag tu. Beratnya tuhan sahaja lah tahu.

Ini harta company ni. Rasa risau pulak sebab kalau hilang ke, kena ganti balik. Diorang kata akan dihantar portable printer ke setiap branch. Sebab kalau nak jumpa customer senang boleh print on the spot.

Hari terakhir juga adalah hari kami terpaksa pergi ke Bangunan Sime Darby untuk ke MII untuk menduduki peperiksaan. Sebenarnya, hari Khamis adalah hari kami menduduki peperiksaan CEILLI dan syukur Alhamdulillah LULUS. So, memang hari Jumaat tu tak tenanglah sangat.

Memula Mummy bercadang nak pulang semula ke Akademi hari Jumaat tu, tapi macam malas nak patah balik. So, hari Jumaat tu, sesiapa yang balik terus dah siap-siap bawak luggage masing-masing dalam kelas dan abis je sessi terus naik bus menuju ke MII. Memang keadaan tu agak saiko sikit. Nak check out bawak luggage jalan ke pintu masuk yang jauh, naik bus. Turun bus, konfiden bawak masuk bag masuk bangunan Sime Darby. Hahahahaha. Syukur sangat peperiksaan PCE pon LULUS. Tapi malangnya, ada antara kami yang terpaksa repeat semua sebab gagal. Sama ada lulus salah satu paper atau gagal kedua-dua paper. Kesian pon ada.

Ini aktiviti hari terakhir kami. Ada outdoor aktiviti. Macam-macam game. 


Aiyooo tembamnya hakuuuu....makan je kerjanya

Ini konfiden giler lompat terkangkang. Sebab time lompat bebetul gambar tak jadikan. Hahahahah

Dalam gambar ni ada dari CIMB USJ, CIMB Bercham, CIMB Sg Petani dan Kedah, CIMB Starhill, CIMB Jelapang. Hahahaha 

Habis je exam di Malaysian Insrance Institute. Sebelum tu dah siap-siap book teksi untuk ambil Mummy balik ke Subang SOHO dan tumpang kakak balik ke Ipoh. Mulanya ingat malam tu jugak nak naik ETS. Gamble je pergi KL Sentral ambil last train. Tapi mujurlah kakak call nak balik Ipoh jugak. Syukur sangat 

Uncle ni siap ada tab pakai Waze untuk elak kesesakkan lalu lintas. Uncle tu beli sendiri untuk kesenangan dia. Hahahah Canggeh!!

Malam tu balik sesampai je di Ipoh seronoknya dapat jumpa anak. Qashrin peluk Mummy kuat-kuat sebab rinduuuuuuuu. Hehehehe. Memang mengantok, penat, sakit tekak, bibir kering, batuk dan selesema. Sakit yang pakej kata orang. Sebab kurang minum air. Esok tu, boleh gigih bangun pergi beli kain baju raya dekat Jakel. Hahahaha

Dalam mengantok tu siap borong kain. Tahun ni tema boria semua pakai baju sama. Kain bawah je lelain. Hahaha Idea mengantok kot.

Sekarang ni bekerja keras di branch, attending meetings yang tak abis-abis, branch visitation. Selain networking dan build rapport. Setakat ini ada 2 Financial Services Consultant di Perak dan baru-baru ini mereka baru sahaja ambil seorang lagi lelaki. There is target to achieve. Sekarang ni mode "lari laju-laju". Hahahaha bukan sahaja nak kena kejar target tapi nak dapat insentif yang best. Trip to Hongkong. Tataulah sempat ke tak sebab start January sampai June campaign tu. Sebab masuk pon dah lambat. 

Apa-apa pun bersyukur dengan apa yang ada. Semoga mendapat keberkatan illahi dan diperluaskan rezeki untuk membesarkan anak. Amin.....

InsyaAllah

Xoxo
Mummy Akmar