29/03/2014

Cuti Sekolah Bulan Mac 2014 Ke Port Dickson Lagi ( Part 1 )

Assalam semua pembaca blog Qashmere. Waaaaaa....dah lama tak bukak blog menulis entri. Rindulah pulak. Dah tak dapat nak update entri hari-hari macam dulu. Busy mencari rezeki katakan. Walaupun busy, tapi hati untuk update entri tu memang ada cuma masa je tak mengizinkan. Tak sangkakan seluruh dunia sedang memerhatikan Malaysia disebabkan tragedi yang terjadi baru-baru ini. Ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada industri penerbangan Malaysia. InsyaAllah. Kalau rajin, akan Mummy dedikasikan satu entri untuk tragedi MH370.

Sekarangkan dah musim cuti sekolah bulan Mac. Alhamdulillah, kami semua sepakat nak bercuti bawak anak-anak berjalan. Kali ini sponsor utama adalah Pak Nek dan Mama Oya (Abang dan Kakak Ipar). Terima kasih kitorang ucapkan. Dan semoga Pak Nek semakin kaya raya hendakNya (doa ibu tunggal insyaAllah akan dimakbulkan) Hahahaha. Nasib baiklah memang layak nak ambil Annual Leave. So, kami dah pun plan pergi Ahad, Isnin dan Selasa.

Percutian kami tahun ini agak berlainan sedikit dengan cuti-cuti yang lain. Pada mula kakak ipar dah booked 6 bilik di Gold Coast Morib cuma nak tunggu semua cakap okay dan nak bayar je. Memang Mummy pon teringin sangat nak pergi ke sana. Kata Pak Andak (abang lagi satu) pulak dekat situ takde room service. Pelik jugak takpernah dengar cerita macam tu. Lagi pon itukan hotel baru dan yang paling best ada lagoon. Tetiba Pak Andak bagi idea cepumas, pergi ke Best Western Prima Port Dickson. Tengok dalam website macam okay jer. Tapi rasa-rasa Mummy, macam pernah pergi ke sini dulu sekali. Okaylah, Mummy diam je lah cuma Mummy bagi remarks yang tempat ni lebih kurang macam apartment biasa je. So, diorang dah booked online dan dah bayar menggunakan kredit kad.

Pada hari Ahad lepas 23 Mac, kami pon bertolak ke PD dari Ipoh secara konvoi 4 buah kereta. Kali ini Mummy drive sendiri dari Ipoh ke PD. Syukur selamat sampai. Memula kami makan tenghari di Koboi Place. Tempat wajib kalau datang PD mesti singgah sini makan. Hahaha. Lepas makan tu, kami bertolak ke Best Western Prima PD. Jauh jugak dari bandar Port Dickson dan tempat tu agak terperuk. Sesampai je, Abang sulong dah cakap, tempat ni dah 5 tahun tak dijaga. Paling teruk, memang takde room service. Sendiri angkut barang-barang punya banyak tu. Dah la lif yang dekat dengan kereta tu rosak. Memang hazab giler. Di sini, kami ambil 3 apartment dan setiap apartment ada 2 bilik. So, kira macam ada 6 bilik dan kos penginapan dah dibayar sebanyak RM2000 untuk 3 hari 2 malam. Sesampai je atas, macam biasa budak-budak memang tak sabar sangat nak swimming. Seawal pukul 4 petang matahari tengah terik kami turun ke lagoon. Budak-budak memang excited. Balik je kami dari swimming. Abang yang sponsor ni cakap. Dia nak balik. Dia kata tempat ni macam Kem Motivasi. Apa pon takde, memalam memang takde apa-apa dekat sini. Yerlah kedudukan memang agak ke dalam sikit. Terus Pak Nek suruh Pak Andak cuba call Gold Coast Morib tapi semua dah penuh. Memang frust sangat. Hahahaha. Semua salah Pak Andak lah. Urusetia percutian tak ikot piawaian. Maka nya, terus kitorang bagi idea untuk cuba book di Thistle Port Dickson. Nasib baik masih ada kekosongan. Konon nak cuba yang lain di Port Dickson tapi Thistle jugak yang best. Terus book 3 Hari 2 Malam di situ. Dah la lepas swimming berjam-jam, semua siap-siap packed balik barang angkut semua dalam kereta nak pergi ke Thistle. Hazab okay!!!! Takperlah bersyukur je apa yang ada. So, bilik Best Western Prima tu kosonglah 6 bilik sampai hari Selasa. Tag kami beli lebih untuk lagoon kami sedekah je dekat orang-orang yang baru check in tu.

Alaa cian dia penat. Kami belum makan tenghari. Baru sampai. Meja pun belom dikemaskan. Posing dulu.

Lepas makan kami bertolak ke Best Western Prima PD. Sampai berpatah dua kali sebab tak jumpa-jumpa tempat tu. Memang agak jauh dari bandar PD. Malam-malam mesti sunyi kan.

Sampai je tempat ambil kunci. Posing dulu sebelum masuk bilik. Perasaan semua happy sebelum tengok bilik. Hahaha

 Yang penuh dekat depan ni semua famili kitaorang.

Lepas je kita check-in, tunggu kejap dalam pukul 4 petang kami dah turun ke bawah nak main lagoon. Jalan dari bilik punya lah jauh. Lepas tu hari cuaca panas terik. Bilik kami air-cond macam tak kuat. Apartment pon suram jer. Tu sebab mungkin abang nak pindah. Hahaha

 Mummy, Qashrin dan Sara

Memula takut. Lepas tu sekali naik, nak naik lagi sendiri. Amboi...

 Lepas penat swimming. Dengan kata sepakat, semua siap-siap nak check-out walaupun tak dapat refund. Kami semua pindah ke Thistle pada hari yang sama jugak. Penat betul angkut barang semua.

Kami bergerak ke Thistle dan menunggu lagi di Lobby sementara nak dapat bilik. Di Thistle, kami ambil 5 bilik dan tambahan 2 extra bed. Semua baru dapat rasa mood ber-holiday. Kalau tak macam suram jer dekat situ dah macam kem motivasi je bak kata abang. Hahaha. Memang penat sangat, terpaksa tunggu di Lobby lagi untuk menunggu bilik siap. 

Okaylah setakat ini dulu. Kalau masuk semua gambar banyak-banyak berat pulak page ni nanti. Nak siapkan satu entri ni pon dari pagi tadi. Masuk gambar lepas tu biarkan. Petang baru sempat nak publish. Hehehe. Nantikan di entri yang baru.

Xoxo
Mummy Akmar