09/03/2014

Cerita Sewaktu Training Di Akademi CIMB Putra Bangi ( Part 1 )

Assalam kepada semua pembaca blog Qashmere. Hampir satu bulan tak bukak laptop dan tidak blogging. Rindu sangat pada blog tapi masa memang tak mengizinkan. Banyak sangat terima email dan komen tentang blog yang baru sahaja Mummy reply. Ada jugak yang minta nasihat masih belum sempat nak reply. Hold on ladies, sebab memang takde masa nak duduk baca betul-betul dan fikir untuk balas balik email korang. Harap semua tabah menghadapi apa sahaja yang mendatang dan berdoa banyak-banyak.

Entri kali ini, nak cerita sedikit tentang pengalaman pertama pergi ke Akademi CIMB Putra Bangi untuk hadiri latihan atau training selama seminggu bukan dua minggu. Ahahaha. Mujur satu minggu sahaja sebab rindu kan anak seorang tu.

Mummy bertolak ke KL pada hari Sabtu petang dari Ipoh dengan ETS dan bermalam di Kuala Lumpur satu hari. Pada, mulanya memang nak naik kereta sahaja tapi bimbangkan keadaan kereta yang tak berapa elok terutama sekali tayar. Opah risaukan Mummy kalau jadi apa-apa di highway sebab seorang je ke sana. So, itu pasal datang awal sehari tidur dulu di rumah kakak dan suruh dia hantar je ke Akademi CIMB Putra Bangi keesokkannya. Sebab waktu check-in hostel adalah hari Ahad pukul 3.

Tengok bag ini dah nak tinggi Qashrin. Berat nya 3-4 kali ganda berat Qashrin. Sebab Mummy memang suka sumbat semua dalam bag senang nanti takyah nak bawak-bawak bag lain lagi. Waktu balik jangan cakaplah beratnya.

Sedih sangat dia. Dalam kereta dah menangis teresak-esak. Dekat sini tahan nangis. Paksa Mummy naik cecepat takot train jalan tinggalkan Mummy. =(

Sesampai di KL tidur malam dulu di rumah kakak dan esoknya kami pergi lunch di Empire Gallery Subang. Awal betul kami sampai di sana. Pukul 10.30 pagi dah ada di sana. Kami lunch di Chili's dan menjadi pelanggan pertama yang ada di situ. Selepas je makan, sementara nak menunggu masa tu, Mummy siap shopping sikit apa yang berkenan. Kami gerak awal ke Bangi sebab takot tersesat.

Classic Nachos

BBQ Beef Ribs and Chicken

Lebih kurang pukul 12pm lebih, kami pun bertolak ke sana. Walaupun dibekalkan dengan map, serious tak dapat nak bayangkan. Cuma dapat bayangkan UNITEN je. Hehehe. Mungkin dah lama tak pergi dekat area situ. Nasib baik ada app Waze yang sangat membantu. Rupanya tempat yang selalu lalu dulu sewaktu Mummy belajar di MMU Cyberjaya. Lebih kurang antara Bangi dan Kajang.

Di kawasan sini sebenarnya dipenuhi dengan pusat latihan semua bank-bank di Malaysia dan kalau tak silap Petronas pun ada. Tapi masing-masing ada tempat dan kawasan sendiri. Lebih kurang macam sebuah universiti. Di dalam kawasan milik CIMB ada lecture hall, computer labs, admin office etc.

Memang sampai awal sangat lebih kurang pukul 2 lebih. Tunggu dekat bangunan depan tapi takde pulak arahan. Waktu sampai tu ada sebuah kereta lagi dia dari Johor dihantar oleh ibu bapa dia. Rasanya kami berdua antara yang terawal sampai. Cuba pusing-pusing sikit terjumpa satu bangunan. Bangunan hostel ni tersorok kebelakang sikit. Kiranya ini check in point untuk hostel wanita. 

Roomate memang tak sampai lagi. Dalam pukul 4 petang dia masih di Ampang. Dia pun dari Taiping tapi bertugas di CIMB Jelapang. Ada dua wardrobe, katil dan meja belajar. Tuala juga disediakan

Dah tinggal sorang tu apa lagi kan. Ambil gambar-gambar dulu. Nampak tak dekat langsir tu dah terbukak kan? Apa Mummy buat. Pi gatal panjat dan betulkan cangkuk langsir tu. Hahahaha. Tahap bosan dah ni sementara tunggu roomate sampai.

Just like MMU Hostel. Bilik-bilik dan sharing bathrooms. Hehehe. Memalam takot please nak gi toilet sorang-sorang. Nasib dapat roomate yang baik hati. 

Dah boring-boring kan. Tinggal sorang-sorang dalam bilik. Snap photo lagi. Masa berjalan-jalan lepas makan di Empire Gallery Mall, sempat lagi beli dua kasut Cotton On (Walaupun dah bawak dua pasang kasut), sedikit baju dan seluar Dorothy Perkins dan Famous Amos Cookies. Tapi menyesal gila tak beli makanan atau kudapan. Sebab bila tengok dalam tentatif ada bagi makan sampai 5 kali dah pulak tu kedai runcit takde. 

Baring punya baring. Boleh tak sedar pemandangan dari tingkap bilik sangat cantik. Auwww!! Nyesal tak bawak swimsuit. Hahahah

Okay ini kes boring tahap gaban. Nak pergi kemana pon taktahu. Memang dah call kawan konon nak jumpa dia hari minggu tu, dia nak datang ambil, nak makan satay kajang tapi rancangan terbatal sebab balik je bilik hari hari dah penat. Lepas tu memalam pulak study untuk PCE and CEILLI examination. So, bila dah boring ni menda ni pon jadi menarik. Ayat ke 13, Do not wear "kain pelikat". Tatau kenapa macam menarik ayat kain pelikat. Hahahaha ini tahap boring melampau dah.

Dan juga buku Yassin ni pun menjadi salah satu tangkapan gambar pada hari tu. Pesan kakak senior dekat branch, kata dia kalau takot sangat bawaklah buku Yassin. Hahaha. Mummy pun gigih ikot nasihat dia siap bawak buku Yassin. Aiyooo. Cerita diorang sangat seram.

Sampai je dekat sana. Alhamdulillah memang takde perasaan takot langsung masa sampai di sana. Macam best je ada lah pulak. Hahahah. Takde rasa apa pun. Cuma malam pertama tu susah sikit nak tidur. Rindu kan anak, rasa macam lain sikit sebab tidur tempat lain. Semua okay je.

Lebih kurang jam 5 petang lebih, roomate pun sampai. Waktu tu, ada lah kirim dekat dia dua botol air mineral dan jugak sedikit jajan. Tapi menyesal tak suruh dia beli maggi in cup. Sebab tiap-tiap malam, lepas abis training, mandi, solat lepas tu belajar tanpa henti. Rasa nak pecah kepala dah. Pagi-pagi dah bangun awal siap-siap nak pergi kelas. Dah rasa macam dekat universiti pulak atau lebih tepat macam orientation.

Ini Cafetaria. Malam pertama hari Ahad tu, makan malam siap pada pukul 7.30malam. Tapi malam pertama makanan biasa jelah nasi putih, fillet ikan masak apa tak pasti, sambal merah telur rebus, sayur taugeh dan sup ayam.

Yang menarik perhatian Mummy, salad ini. Sebab salad dressing ni sangat sedap. Heee~

Sewaktu di sana, hari pertama memang sangat bersemangat nak ambil gambar. Tapi bila dah berlalu hari tu memang malas sesangat nak ambil gambar sebab penat dan terlalu mengejar masa. Menu makanan dari hari Isnin dan seterusnya semua sedap-sedap di kafetaria tu. Macam-macam ada. Tapi malam Isnin tu selepas training hari pertama, kami semua dijemput pergi ke Mandarin Oriental sebelah KLCC untuk makan malam bersama boss. 

Nantikan cerita seterusnya di entri yang baru. Cukup setakat ini dulu sebab ada dua biji cake tengah masak di atas dapur. Hari ini ada majlis kenduri tahlil keluarga sepupu. Semoga berjumpa lagi di lain entri. Daaaa~

Xoxo
Mummy Akmar