11/02/2014

Lion Dance Di CIMB Bank Bercham

Isnin yang lalu seperti dirancangkan kami telah mengadakan Lion Dance di CIMB Bank Bercham. Yeah!! Ong mesti kena ada untuk tahun kuda. Hehehe


Sebenarnya ni, hari ini betul-betul penat baru balik dari branch visitation and meeting di CIMB Greentown bertemu dengan Personal Finance Consultant. Esok pulak kena pergi CIMB Jalan Kampar pulak perjumpaan dengan Regional Manager dan Relationship Manager. Takot pon ada, terasa kerdil pulak diri ini walaupun tak kerdil pon sebenarnya gebukan. Hehehehe

Hujung minggu ni hari Ahad dah kena pergi Akademi CIMB Putra di Kajang dekat dengan UNITEN. Kena attend training selama dua minggu. Ahh, tidak!!! Bukan di hotel rupanya. Kali ini diorang nak buat di situ jugak. Nayalaaaah!!! Hahhahaha. InsyaAllah takde apa-apa kot. Alhamdulillah...rupanya dari 20 orang hari tu hanya Mummy dan seorang lagi dipilih untuk jawatan baru iaitu Financial Services Consultant ataupun Bancassurance Specialist. Rupanya waktu interview, dia adalah orang yang masuk ke dalam bilik lepas Mummy. Rezeki sangat kan.... Nantilah Mummy cerita lebih lanjut di entri yang lain. Buat masa ni jom tengok gambar Lion Dance. Hahaha...

Our team. Hahaha...

Ada lah sikit light refreshment untuk customer awal dan mereka dapat oranges.

Tengah ready. Mummy jadi photographer of the day

Yang ini apa ntah namanya. Lepas lion tu makan dia siap buat bentuk bentuk pulak

Berdengung gegendang telinga weolls semua. Hahaha

Masuk tempat boss, lepas tu sebelah tu tempat Mummy. Kasi ONG sikit. Jangan Ong Gedek Gedek soodah! Wakakaka

Kaunter pon kena jugak nampak gayanya

Konsep bergaduh berebut nak makan menda tu. Hahah

Lama jugak diorang baring kan. Rupanya diorang gigih nak buat bentuk bentuk bunga dari buah limau bali dan oren tu.

Boss: Akma, you jangan lupa ambil gambar saya.
Me: Baik boss! 
Wakakakakakak

Gitulah ceritanya. Berdengung degang telinga kitorang. Sakit telinga. Sabar jelah. Hahahaha..... Adoih. Ini tengah rehat kejap sementara karang nak sambung belajar balik. Lepas abis training ada exam woooh! Otak ni dah lama kot tak study study ni. Doakan yer lulus! Hahaha

Xoxo
Mummy Akmar