09/02/2014

Doa Selamat Dan Akikah Sara

Dua minggu lepas, dengan secara mengejutnya Mama Achik nak buat kenduri akikah Sara. Bincang punya bincang, Pak Nek pun nak turut serta sebab nak buat doa selamat kerana anak sulungnya mendapat keputusan cemerlang 8A untuk PMR dan juga dapat diterima masuk ke MRSM. Opah pulak nak buat doa selamat sebab dia dah berniat kalau Mummy dapat kerja tempoh hari, dia nak buat doa selamat. Tapi cuma panggil geng mengaji dia sahaja.


Disebabkan macam ramai yang ada niat nak buat kenduri. Maka dengan secara mengejutnya kami buat tiga hajat tu dalam satu majlis. Majlis kenduri kesyukuran dan akikah tu pulak pada hari Sabtu 31 Januari. Mujurlah rezeki berpihak pada kami sebab kami merancang macam 4-5 hari sebelum majlis. Nasib baik canopy dan catering masih mereka terima. Yerlah, waktu tu perayaan cuti Chinese New Year. Memang ramai orang kahwin dan buat kenduri. 

Jadinya, memang Mummy terpaksa tolong Mama Achik untuk sediakan goodie bag untuk anak dia. Yerlah waktu tu jugak nak kena beli macam-macam, nak siapkan segala borang dan ambil gambar sebab Isnin 3 Feb adalah hari pertama bekerja. Memang busy giler!! Oh Sabtu tu jugak, sekali sambut Hari Jadi Opah yang jatuh bulan Februari. Nak order kek lagi!! Ahaaaa....bayangkanlah betapa busynye bebenor teman ni. Hahaha 

Dari malam tadi dah siap-siapkan goodie bag untuk orang ramai. Pagi-pagi dah bangun lagi nak susun-susun mana yang patut

Ada dua buffet table. Lebih kurang untuk 100 orang makan. Yang meja depan tu separuh dari geng mengaji Opah sementara tunggu orang ramai datang

Kambing golek yang sedap. Di makan dengan sos cili yang dimasak istimewa dan juga blackpepper sauce. Sedap! Kambing ni Pak Andak yang rekemen kawan dia seorang Chef hotel yang marinate dan panggangkan.

100 goodie bag yang kami buat ramai-ramai. Dalam ni ada telur rebus, candy lolipop, mango puding dan waffle apolo. Sebenarnya, waktu nak beli barang dalam ni, nasib baik sempat sampai kedai tu. Sebab tokey tu dah tutup pintu dah. 

Bagi diorang occupied sikit supaya tenang dan aman. Hahaha 

Baik baik ichin oi, karang jatuh apa pon tak dapat. Sara pakai baju kurung ichin yang dulu je.

Sebelum nak pi amik cake.

Doa selamat dibuat sebanyak dua kali. Memang planning hanya dibaca oleh anak-anak yatim Tahfiz dari Chemor. Ntah camne, orang-orang masjid dan orang kampung kata nak bacakan doa jugak. Bertahlil dan bacaan doa. Jadinya dua kali lah diorang ni membaca. Takper lagi banyak kali lagi bagus. Hahaha

Bacaan doa oleh orang masjid dan orang kampung

Okay dah cerita pasal doa selamat ni. Marilah kita cerita pasal makanan pulak kan. Makanan pon penting jugak. Hahahaha. Seperti biasa, kami gunakan catering turun temurun. Sha Food Catering. Menunya adalah Nasi minyak Berasmathi, ayam masak merah, dalca daging, acar buah, buah tembikai, satu jenis kueh basah dan air. Manakala menu sampingan Kambing Golek. Terbayekk!

Daging kambing golek dengan sos yang dibuat sendiri oleh Chef. Sedapnye!!

Ayam masak merah

Dalca daging

Acar buah

Opah jugak ada order pulut kuning dan rendang pedas dari jiran sebelah. Laju Qashrin makan. Suka bebenor pulit kuning. Sedapppp! Marble cake tu pulak dari Opah Wer. Thanks Opah Wer...

Lepas tu datang pulak anak-anak yatim Mahaad dari Chemor

Anak-anak ni baca Yasin dan sedikit doa dari Ustaz yang mengiringi rombongan ini

Diorang ni bukan nak join baca Yassin..main game pulak. Hahaha

Mujurlah Secret Recipe bukak. Nak tempah kek bentuk betuk takleh dah. Kedai semua tutup

Potong kek beramai-ramai. Selamat Hari Jadi Makkkkkkkk yang ke 69 tahun!!

Kawan dan senior yang datang. Yeah...mari mengambeng.... Hahahaha

Itulah busy sangat. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ikotkan dah cukup satu minggu bekerja di bank tersebut. Buat masa ini tengah belajar 2 perkara untuk dapatkan lesen PCE dan Investment Link (CEILLI). Exam tak tahu bila dan juga pada 17-22 Feb pulak training di KL. Kata Relationship Manager, training akan diadakan di Hotel bukan di Bangi Training Centre. Syukur sangat. Sebab ramai dengar cerita situ macam seram je. Hahahaha. Nanti sambung cerita lain pulak pasal tempat baru.

Petang sikit nak pergi cari baju merah sebab Monday ada Lion Dance di branch. Ada mau ONGGG kata boss!! Hahahaha

Xoxo
Mummy Akmar