02/01/2014

Tahniah Osha!

Memang agak lewat nak berkongsi di sini. Hahahaha. (Lebih kurang malas, takde idea dan yang penting ada satu entri) LOL.

Sebenarnya tadi, hari ini adalah hari pertama Qashrin ke sekolah tadi. Nak jadi cerita, guru kelas Qashrin pernah mendidik anak-anak saudara dulu. Dia masih ingat Marissa dan pujian diberikan. Sembang-sembang dengan Puan Azizah, dia memang tahu dan kenal anak-anak abang dan kakak yang dihantar di situ. Dan sampai hari ni dia kenal diorang. Agak berumur jugak Puan Azizah tapi cara dia mendidik anak-anak kecik. SUPERB!! Macam my style!!! Tegas!! I like!!! Hahahaha

Alhamdulillah, semua yang belajar di Tadika dan Taska MMSB pandai-pandai naik pentas dan peroleh keputusan yang cemerlang. Natijahnya, pemilihan tadika dan taska memainkan peranan anak-anak di sekolah nanti. Semoga Qashrin ikoti jejak mereka. Amin.........

Okay disebabkan itu, dengan ini blog Qashmere dengan bangganya kongsi pencapaian dan keputusan PMR anak saudara Mummy. APPLAUSE!!! Penat lelah Opah menjaga Osha sudah terbalas dan terbayar. Dan juga penat lelah Achu jaga, marah, tarik-tarik telinga masa taknak baca buku, suruh eja tak henti-henti juga terbayar. Hahahaha......... Teruskan usaha untuk SPM nanti. Good luck untuk kemasukan MRSM Taiping. InsyaAllah moga-moga dapat tempat di sana.....

Keputusan PMR cemerlang hasil didikan parenting baik untuk anak

InsyaAllah, nanti boleh kongsikan cerita pasal Qashrin hari ini. Pagi-pagi dia dah guling-guling......dia guling-guling satu hari lepas Sambutan Tahun Baru.....Hahahahahah Mummy yang sakit jiwa!! Nak tahu cerita?Nantikan di entri yang baru. Daaaaaaaaa~

Xoxo
Mummy Akmar