29/01/2014

Sponge Cake With Strawberry Buttercream Untuk Bakal Boss

Tak lama lagi, Mummy akan mula bekerja di tempat baru. Syukur ke hadrat illahi kerana rezeki yang diberikan tidak pernah putus. Kali ini rezeki yang bertambah-tambah baik. Syukur sangat, semua rezeki El Qashrin Qaisara.

Bukannya apa, memang agak sukar nak mencari kerja di sebuah syarikat yang besar dan stabil di Ipoh ini. Tapi kalau dah rezeki itu Allah sudah tetapkan tak kemana kan? Yerlah di mana-mana sahaja di muka bumi Allah ini mesti akan ada rezeki dari Allah. Kalau kita usaha pasti akan dapat.

Hari tu, hantar resume di salah sebuah bank terkemuka di Malaysia. Wahh..terkemuka gitueww!! Hahaha. Hantar pada satu hari tu, keesokkannya juga dalam pukul 9.30 pagi. Bank Manager hubungi dan suruh pergi ke Bank yang sama di satu lokasi yang lain untuk temuduga. Serious, tak ready apa-apa. Katanya, temuduga bermula pada pukul 10 pagi. Sempat lagi...siap buat lawak dan dia kata "hang pergi make up lawa-lawa, pakai lawa-lawa..pergi sana untuk interview". Kelakar betul okay siap cakap "hang hang". Tergelak Mummy.

Inilah kek yang Mummy buat. Hantar Qashrin sekolah. Terus baking 2 lapis kek sponge. Lepas tu, sempat sejukkan kek dan buat frosting. 

p/s: Happy Chinese New Year Mr. T. Hope you likes it. =)

Disebabkan kesuntukan masa. Mummy pun buat small messy swirl pakai spatula di setiap permukaan frosting cake ini. Lepas tu Mummy letak fresh strawberi di atas kek. Nampak cantiklah pulak. Kesian Qashrin lewat 30 minit tunggu di sekolah. 

Pada hari interview tu, terus siap-siap dan pergi. Hanya berbekalkan salinan resume dan original certificate dan pergi ke tempat yang disuruh. Sekali pergi, masyaAllah. Ada dekat 20 orang tengah tunggu giliran untuk temuduga. Panic attacked!! Dalam otak fikirkan lagi nak ambil Qashrin dari MMSB. Nasib baik Opah ada!!

Tiba giliran Mummy, masuk-masuk ada 3 orang perempuan cina menunggu. Soalan tak henti-henti di tujukan pada Mummy. Dan juga Mummy sendiri ceritakan pada mereka career path Mummy sehingga kenapa Mummy kini berada di Ipoh. Sembang punya sembang, kata salah sorang interviewer, tunggu dalam masa 2 minggu HQ di KL akan hubungi kalau dapat. Lepas itu, menunggu dan berdoa pada Allah.

Hari terakhir dalam 2 minggu tu. Dapat satu panggilan dari Headquaters Bank di KL untuk tanya, nama Reference mana yang dia nak hubungi??. Lepas tu, selang beberapa hari, seorang lagi hubungi Mummy untuk verbal confirmation. Paling best, Mummy akan attach di Bercham branch dan reporting pada Bank Manager yang Mummy hantar resume itu hari. Ya Allah!! Best gila, macam boleh naik basikal je pergi kerja. Dekat sesangat dengan rumah. Tak berapa lama tu, seorang lagi hubungi Mummy untuk medical check up.

Tawaran yang sangat-sangat memberansangkan. Hahaha...Lagi-lagi duduk di Ipoh ni. Bank tersebut menawarkan gaji bulanan yang tinggi jugak pada pendapat Mummy kalau di Ipoh ni tambahan pula diberikan elaun bil telefon dan juga elaun petrol. Termasuk jugak, entitlement home and car loan as well as medical and hospitalisation untuk Mummy dan Qashrin. Mummy sebenarnya dalam Bancassurance Department. Paling best, apa yang Mummy buat akan dapat reward iaitu commission. What a great offer!! Hahaha... Finally!! there is company who appreciate my working experience and my qualification di Ipoh ni. Kann...........

Dua hari lepas HQ call dari KL suruh pergi dua klinik. Satu klinik pakar untuk pemeriksaan badan. Dan pergi ke lagi satu klinik pakar untuk X-ray. Ini pun dah abis masa satu hari. Kesian Qashrin lepas balik sekolah ikut Mummy. Abis pukul 4.30 petang.

Hari ini tadi, HQ call katanya sudah courier Letter Offer ke branch dan sekiranya jikalau takde siapa call sebab Bank Manager mungkin busy sambutan CNY, yerlah dia pun orang cina. Katanya, terus masuk ke pejabat pukul 9 pagi. Sebenarnya berdebar jugak nak masuk 3 Februari ni sebab memang takde banking background. Tapi semestinya mereka akan bagi training. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Ini adalah satu stepping stone untuk maju ke satu tapak lagi dalam bidang lain. 

Alhamdulillah...

Xoxo
Mummy Akmar