26/01/2014

Sarapan Pagi Ipoh Style

Lepas solat subuh ni, cuba nak lelap mata takleh pulak. Fikirkan blog ni dah lama terbiar. Jadi marilah buat entri bertengkek-tengkek. Hari ni konon nak buat entri yang tertinggal 6 hari. Entri sebelum ini pasal sambungan cerita menjadi babysitter, sekarang nak kongsikan pasal sarapan pagi Ipoh Style!!


Keesokkannya, ajak Mama Achik sarapan pagi di Mee Kicap Menora di Megoplex Ipoh. Dulu sebenarnya mereka ni berniaga sekali dengan Mee Kari Mat Jasak. Sebab dua-dua ini adalah bersaudara. Tapi entah camne dan taktahu cerita apa, mereka dah buat asing-asing. Sorang masih kekal dengan populariti dengan Mee Kari Mat Jasak dan sorang lagi tukar dan kekalkan nama Mee Kicap Menora. Ada dengar jugak dengar katanya mereka tak sefahaman antara adik beradik or something. Kalau salah dengar, maknanya orang tu lah salah cerita. Hahaha. Tak kisahlah siapa salah, dua-dua menyediakan menu yang memang sedap untuk sarapan pagi atau minum petang. Itu yang paling penting... Hahahaha

Dua-dua ada mee kicap dan kuah kari tersendiri dan keistimewaan masing-masing. Agak sama tapi berlainan. Bagi Mummy, kalau nak makan Mee Kari dan segala dumplings dan fishball, Mummy akan ke Mee Kari Mat Jasak pon okay dekat sikit dengan rumah. Tapi kalau nak makan Mee Kicap atau Kuewtiow Kicap, Mummy suka pergi ke Mee Kicap Menora jauh sikitlah dari Bercham ke Medan Gopeng. Jauh tapi janji dapat makan. Mummy suka kepekatan kuah kicap yang diletakkan. Setakat ini Mee Kicap yang best Mee Kicap Menora. Mee Kicap Mat Jasak tak sepekat ini. Tapi masih bolehlah kalau teringin takde tempat lain nak makan. Hahaha 

Awal-awal pagi dah bangun. Sara dah happy ler mama nya ada.

Siap menyanyi lagi, tapi video dalam instagram LOL

Dah mandi dua-dua. Kali ini suruh Mama Achik mandikan. Tempat paling Sara suka di sini. Dia akan selerakan semua kotak yang dipenuhi dengan mainan Qashrin. Tak masuk lagi dalam bilik tidur. Abih bersepah. Dua-dua pakai baju ruffles top. Cute!! Lepas tu bagi diorang makan Calciyum for breakfast.

Untuk Mummy, inilah sarapan pagi yang sangat Ipoh Style. Mee Kicap dan Kuah Kari yang dipenuhi dengan pelbagai dumplings dan fishballs. Oh Yummmm!! Kalau di sini Mummy akan makan Kuewtiow Kicap taknak taugeh. Hahaha Kak Miah (owner kedai) mesti dah tahu dah. 

Inilah sarapan pagi Ipoh Style kami. Bukan sahaja Nasi Lemak, Lontong, Soto dan menu bergoreng-goreng tapi yang paling istimewa dan menjadi tradisi di Ipoh pelbagai kaum di Ipoh adalah Mee / Kuetiow Kicap!! Nyummy!!!! 

Xoxo
Mummy Akmar