16/01/2014

Resipi Bubur Untuk Anak Demam

Minggu lepas, hari Jumaat hari ketujuh sepatutnya Qashrin ke sekolah. Tapi kesian kena demam. Makan je ais krim paddle pop malam tu dia terus batuk dan selesema dan badan panas.

Terpaksalah cuti sehari. Nasib baik esoknya hari Sabtu dan Ahad. Adalah lama sikit boleh rehat di rumah. Alhamdulillah hari Ahad tu dah takde demam. Cuma masih ada batuk dan selesema sikit.

Kali ini Mummy nak kongsikan cara menyediakan bubur untuk anak sakit atau orang dewasa pun boleh makan bubur ini juga. Penuh dengan nutrisi dan vitamin. Senang sahaja nak menyediakannya. Jom tengok resipi di bawah:

Bahan-Bahan

Segengam beras
Segengam lobak merah
Segengam kentang
Segengam batang saderi
Sepotong halia
Air secukupnya
1 kiub ayam Maggi / Garam


Campurkan semua dan tambah air sampai semua lembut. Dan rasa cukup masin tak. Selalunya kalau dah letak tambah kiub maggi tak payah letak garam.


 Hidangkan dengan ikan salmon goreng. Hurmmpp sedapnya!!! Hehehehe

Laju je Qashrin makan. Abis sepinggan dia makan. Ikan salmon ni, Mummy letak serbuk kunyit dan garam sedikit dan gorengkan. Yummm!!

Selamat mencuba!

Xoxo
Mummy Akmar