10/01/2014

Resipi Asam Pedas Kepala Ikan Salmon Yang Sedap Dan Mudah

Haritu teman Opah ke pasar pagi. Ternampaklah kepala ikan salmon yang menarik minat Mummy. Terbayang sedap jugak kalau masak Asam Pedas Kepala Ikan Salmon. Harga satu kepala ikan salmon ni RM10, kami beli dua kepala ikan dan suruh belah dua. Hari ini pulak hujan je dari pagi, memang sedap kalau dapat makan asam pedas dengan nasi panas. Bahan pun apa yang ada dalam dapur.


Pada pendapat Mummy, bahan utama membuatkan asam pedas ini aromanya menarik ada dua versi. Iaitu dengan meletakkan daun kesum dan bunga kantan atau dengan meletakkan daun limau purut sahaja. Mana-mana bahan utama ini memberikan aroma kepada asam pedas. Kebiasaannya, bila buat asam pedas, Mummy akan letakkan daun kesum dan bunga kantan. Adakalanya daun limau purut sahaja. Disebabkan daun limau purut takde, Mummy tambah kiub tomyam sebagai pengganti.

Bahan-bahan
2 bawang besar saiz sederhana
5 ulas bawang putih
1 saiz ibu jari kunyit hidup
1 saiz ibu jari halia
1 saiz ibu jari lengkuas
2 batang serai dititik
1 kiub tomyam maggi
1 saiz ibu jari belacan
1/2 sudu kecil jintan putih
6 sudu besar cili kisar

1 sudu besar pes asam jawa adabi (ikot masam mana korang nak)
Gula (optional, Mummy tak letak)
Minyak secukupnya untuk menumis
Air secukupnya


Cara-cara Memasak
1. Mesin semua bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit, kiub tomyam, belacan dan jintan sehingga hancur. Pastikan minyak untuk menumis panas terlebih dahulu. Setelah tumis seketika bahan-bahan dikisar tadi, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit bau dan garing.

 2. Cuci kepala ikan salmon tadi

3. Setelah semua bahan-bahan tadi sudah pecah minyak. Masukkan kepala ikan salmon. Tambahkan 1 sudu besar pes asam jawa. Kacau dan tambah air ikot kepekatan yang disukai. Tambah garam jika perlu. Kerana di sini belacan dan kiub tomyam dah ada garam

4. Inilah hasilnya aroma asam pedas yang wangi, cukup pedas, manis dari bawang, dan cukup masam.

Memang sedap makan dengan nasi panas dan telur goreng dadar. Qashrin pula Mummy sediakan dia bubur kentang, lobak merak dan saleri. Dia demam hari ini tak ke sekolah. Opah pulak tambah berkali-kali. Katanya "sedapnya asam pedas ni" Hehehe Rasa hilang penat lepas masak Asam Pedas Kepala Ikan Salmon. Tinggal seketul je. Memang sedap buat kepala ikan salmon ni masak asam pedas, isi dia yang flaky dan lemak sangat complement dengan rasa masam dan pedas. Isi lembut dan takde bau hanyir langsung.. Nanti nak buat lagi tapi nak tambah isi sekali.

Selamat mencuba

Xoxo
Mummy Akmar