09/01/2014

Ragam Ke Sekolah Hari Ke 5 Dan Hari Ke 6

Whoah...Gigih bebetul ni sampai hari ke 6 nak tulis catatan bagai nih. Hahaha. Biasalah mula-mula ni memang semangat waja. Rasanya nak berhenti sampai hari ke 7 je kot. Malas pulak nak tulis hari-hari lain. Hehehe.


Ragam Ke Sekolah Hari Ke 5

Semalam punya cerita. Bangun pagi hari-hari nak bermanja-manja. Peluk-peluk. Sebab suara dia akan berkata "taknak pergi sekolah". Kadang-kadang cakap Melayu kadang-kadang berbahasa henggelish. Caranya, takyah layan cerita topik yang diusulkan itu. Cerita-cerita gembira je. Sampai je ke sekolah, menangis-nangis teresak-esak taknak lepaskan Mummy. Muka sedih berair mata kena tinggal tatkala tengok kereta Mummy jauh dari penglihatan dia. Ewahh....

Balik rumah happy face!! Baru lepas dapat habuan "surprise". Hari-hari nak ambil hati, "kalau pergi sekolah hari ini, balik nanti Mummy bagi surprise. Nak tahu apa, pergi sekolah dulu. Surprise hari ke 5 sugus strawberry. Sebijik je. Dari hari pertama sampai hari ke lima dapat satu sugus. Hehehe. Tengah mengunyah sugus, suruh senyum terus snap gambar dia.

Ragam Ke Sekolah Hari Ke 6

Pagi ni, masih tetap cakap "taknak pergi sekolah mi.." Dengan muka sedih. Mummy cakap "takpayah pergi, kita jumpa teacher and friends je". Boleh tak cakap secara begitu? Hahahaha. Dia mandi dengan muka sedih. Macam biasa, bagi tahu dia "hari ini ada surprise lagi tau, kan ichin cakap nak Mamee..., Mummy lupa nak beli semalam. Hari ini Mummy promise beli satu okay". Bersemangatlah nak siap pakai baju. Sampai je sekolah, terpaksa peluk dia turun. Sebab pergi ke arah Mummy peluk kuat-kuat. Teacher nak keluarkan dari kereta pun susah. Memang waktu tu menangis ler..berlinang air mata. 

Balik hari ini. Mummy teringin nak makan ais krim paddle pop. Ahaaaa, dapat dua surprise lah ni. Bonus berganda-ganda. Dapat Mamee dan juga ice cream paddle pop. Cakap dekat dia "ichin mintak Mamee, Mummy bagi extra surprise dapat ice cream lagi. Esok jangan nangis lagi pergi sekolah tau" Qashrin "okay Mummy" Ewah baik sesangat lah tu sebab happy dapat surprise. Tengok lah muka dia dalam gambar ni.

Apalah agaknya ragam dia esok hari ke 7 nanti. Kalau hari-hari promise ini macam, jenuh jugak. Hahaha. Kita tengok jerlah ragamnya nanti. Tapi ia sangat berkesan. InsyaAllah nanti dia okaylah tu. 

Xoxo
Mummy Akmar