23/01/2014

Pengalaman Jadi Babysitter

Minggu lepas agak kesibukan. Menjaga anak dan jadi babysitter selama dua hari. Mummy tolong jaga anak kakak (Mama Achik Qashrin). Mama Achik kena pergi ke Penang semalam. Lama jugak diorang di Ipoh sebabkan minggu lepas cuti panjang. Cuti Maulidur dan Thaipusam.

Rasa jenuh jugak kalau ada dua anak ni kan. Syukurlah ada seorang tu pun dah banyak ragam. Tapi Alhamdulillah dapat menjaga dua-dua dengan lancarnya. Pengalaman jadi babysitter sangat cool. Hahaha Boleh pulak camtu.

Seawal 7.30 pagi, Qashrin dan Sara berdua digerakkan oleh Mummy dan dimandikan bersama-sama. Bersama-sama tu bermaksud dengan Mummy sekali. Kami tiga beranak dalam satu bilik air. Hahaha. Nak cepatkan, harus sekali tiga kita mandi bersama-sama.

Hari pertama Qashrin ditemani oleh Sara. Mujurlah Sara mengikut jer tak nangis. Sebab dia ni jenis menangis dan meraung tak ingat punya nak mama dia. Qashrin pulak dah sampai di pintu sekolah pun tak nangis. Senyum sambil melambai tangan dekat kami.

Hari Rabu kena pakai sports attire. Dua-dua duduk diam dengan aman

Peace yo!!

Setiap pagi, Qashrin akan cakap "I dont want to go to school". Hari tu janji balik dari sekolah, Mummy bawak pergi Cheekytots. Ambil je dia pergi sekolah, janji kena ditunaikan. Sebelum ambil sekolah, Azran pulak tak pergi sekolah sebab asthma. Nak pergi jugak walaupun asthma, macam dekat Cheekytots lebih sihat lah?? Hahahaha....Kesian punya pasal bawak jugak, tapi suruh dia duduk-duduk kejap. Main berpeluh-peluh panjat.

Tukarkan baju tangan panjang, seluar panjang dan stokin. Takot nanti melekat dekat tangan slide nanti sakit pulakkan. Main la korang puas-puas. Mummy dok melayan youtube rancangan masakan. Heheheh 

Fill up tank

Mula Mummy order a basket of french fries, then chicken sandwich lepas tu Spaghetti Carbonara. Kongsi je, diorang ni makan sangat sikit, tukang abisnya Mummy.

Spaghetti Carbonara with Chicken Ham

Chicken Sandwich served with french fries

Waktu ni dah nak balik. Meragam dah mengantok lah tu. Merengek nak Kit Kat nak air pop sejuk. Sebab masih batuk.

Kami berkampung dekat sini dalam 2 jam je. Sebab aircond macam tak kuat. Katanya management tengah buat service. Rasa macam kurang oksigen. Moh balik dari ada yang kena de-hydrated.

Balik jer rumah, dua-dua terus tidur. Dengan Mummy pon tidur. Penat naik turun panjat. Hehehe

Malam tu, Sara mencari Mama dia, mujurlah dapat menenangkan dia sampai tertidur. Esok pagi tu hantar Qashrin ke sekolah juga bersama Sara. Qashrin pulak buat drama menangis taknak turun kereta. Nantikan cerita di entri terbaru. Hahahaha.

Satu minggu lepas macam-macam aktiviti. Tengah mencari masa nak buat entri (cari masa nak menghadap laptop). Nampak dah turun Unique Visitors lah pulak 6 hari tak update apa-apa. Pembaca nak tahu cerita terbaru dan sensasi kot. Sabar yer, nanti iolls ceritakan lagi cerita lain!! Hahaha

Xoxo
Mummy Akmar