26/01/2014

Pavlova Strawberi Korea

Entah, lepas lahirkan anak ni, kalau nak dekat-dekat bendera Jepun. Asyik teringin itu dan ini. Mengalah orang mengandung pon ada. Hahaha. Kalau tekak tu nak jugak, sanggup mencari. Mengidam tu, kalau boleh menda yang nak sangat makan tu, mesti nak buat sendiri. Sebab sebenarnya boleh je beli sendiri. Tapi nak jugak buat sebab baru puas.


Yerlah macam pavlova ni. Mummy suka makan dengan fresh cream yang banyak untuk setiap suap dan juga strawberi yang penuh. Very demanding kan? Yes I am! Hahaha...

Kali ini Mummy mencuba dengan resipi Pavlova Laura Vitale dan hanya gunakan 3/4 cawan gula sahaja dan tambahan serbuk Cream of Tartar. Dulu tak tambah pun serbuk tu masa resipi Pavlova Strawberry & Peach yang Mummy pernah buat dulu. Cara semua sama seperti cara buat pavlova yang lain, cuma tambahan serbuk cream of tartar.

Buatkan bentuk bulat begini

Resipi kali ini pavlova jadi lebih sedap. Dari segi tekstur. Practice makes perfect kata orangkan. Tips: Untuk pavlova ni, mesti panaskan dulu oven 180celcius dan bila masukkan turunkan suhu ke 150celcius. Masak selama 1jam 15 minit. Dah cukup masa, biarkan pavlova di dalam oven dan buka pintu oven sedikit. Biarkan pavlova sejuk di dalam tu tanpa ada sebarang gangguan. Barulah boleh dapat pavlova yang luarnya ranggup dan dalamnya gooey macam marshmellow. 

 Bakar 

 Pukul fresh cream dan letakkan strawberry 

I'm in heaven

Kali ini pakai strawberi dari Korea. Saiz tak besar sangat tapi memang manis. Suka sangat. Lepas beberapa hari, beli lagi sekotak di Tesco. Qashrin sorang je makan satu kotak tu. Sebab memang manis. Yummmm....

Kalau sesiapa nak mencuba Pavlova resipi Laura Vitale, boleh mencuba dan klik link di atas ya.

Selamat mencuba!!

Xoxo
Mummy Akmar