29/01/2014

Nasi Ayam Goreng Berempah Di Hujung Minggu

Nak sambung cerita minggu lepas ni. Cerita untuk memenuhi permintaan tekak bendera Jepun. Hahaha. Mummy teringin nak makan Nasi Ayam Goreng Berempah pulak. Masak-masak hujung minggu ni mesti kena masak banyak. Yerlah hari hujung minggu ni, mesti ramai adik-beradik berkumpul di rumah Opah.

Nak kongsi resipi tak sempat masa pulak. Tengah busy membuat kek Chinese New Year ni. Kek tengah dalam oven, ada lagi tengah bancuh dalam cake stand mixer tu. Yang penting, blog tak ketinggalan untuk entri baru. Kalau korang nak tahu, cuma boleh kongsi resipi Ayam Goreng Rempah sahaja dari entri terdahulu. Nantilah, kalau sempat Mummy kongsikan cara masak nasi ayam.

Memang teramat busy minggu ini. Kesibukan dan kesuntukan masa tahap gaban kata orang. Hahaha. Tapi apa-apa pun bersyukur dengan rahmat Allah kepada kita. Tak cukup masa pun, bersyukurlah dengan apa yang sempat kita buat.

Nasi Ayam Goreng Berempah di makan dengan sup. Yummmm!!

Goreng ni kejap je dengan periuk Noxxa

Alahai comot nye pinggan ni. Sos cili merah untuk nasi ayam. Senang je, cili hidup, cili padi, buah tomato, gula perang dan sedikit cuka. Blend semua dan masak atas api sekejap. 

 Timun dan tomato yang mesti kena ada bila makan nasi ayam

Hujung minggu ni asyik makan je kerja. Petang pulak makan cendol. Hari Ahad pulak makan gulai lemak cili padi telur rebus dan ikan salmon goreng. Sangat fusion kan...LOL.

Xoxo
Mummy Akmar