26/01/2014

Jika Anda Di Bawah Pengaruh Dadah Jangan Buat Ini Di Rumah

Dalam minggu yang sama minggu lepas. Mummy teringin nak makan Moist Chocolate Cake yang sedap. Resipi ni diberi sendiri oleh kakak ipar Mummy. Mintak maaf tak dapat nak kongsikan untuk menghormati owner recipe ini. Hahaha. Moist Chocolate Cake ni memang lembut, teksturenya bersarang dan memang sedap.

Biasalah Mummy ni setiap bulan, ada je teringin itu dan ini. Nak dijadikan cerita pulak, hari tu tak berapa nak sihat. Ada selesema. Tapi tekak ni meminta-minta nak makan. Jangkit dengan Qashrin. Sara pun berjangkit dengan Qashrin. Makan ler ubat selesema. Ntah mengapa, Mummy kalau makan ubat selesema, masyaAllah.....mata ni memang mengantok, mamai, memang kena tidur puas-puas.

Tapi nak buat jugak Moist Chocolate Cake. Harapan tinggi agar kek ini menjadi sedap dan puas makan. Sebab dah banyak kali buat kek ni. Memang sedap!!!!! Tapi hampa, sedih sebab tak dapat makan apa yang dijangkakan kerana tekstur berubah dan rasa kurang manis

 Bila kek ni dah siap, tak sabar nak makan. Tapi bila makan apsal rasa kurang manis. Tengok balik resipi, kek ini kurang gula! Sepatutnya 3 cawan gula. Mummy letak 1 cawan sahaja. Kek memang lembut, tapi tekstur lain, patutnya naik lagi tinggi dan gebu. 

Sesuai untuk kek kurang kalori bagi sesiapa yang nak berdiet memang sesuai. Kerana kurang manis. Itulah ke-blur-an tahap maksima. Tapi kek ini abis jugak. Hahaha. Dahlah buat dengan serbuk koko mahal. Serbuk koko Van Houten. Selalu pakai serbuk koko biasa, okay pulak. Aih...takleh jadi ni. Nak kena buat lagi!!!!!!!!!!

Sekotak ni RM8.80 Rasa macam tak puaslah pulak makan kek tak mengikut piawaian.

Itulah nak memasak ni pun kena ada mood, dan keadaan jasmani yang sesuai. Kalau makan ubat selesema ni sure jadi blur-blur ada jelah yang tak kena nanti. Hahaha. Okay cerita pasal kek, Mummy ada 10 biji butter cake nak disiapkan untuk tempahan Chinese New Year. Phewww~~

Xoxo
Mummy Akmar