01/01/2014

Impian Qashrin Tercapai Malam Tahun Baru

Akhirnya tercapai impian anak Mummy malam tadi. Impian dia bukanlah besar atau kecik. Hahahaha. Tajuk nak gempak je kan. Dia nak sangat makan Marble Cake dari Hari Krismas hari tu. Tak sempat nak buat sampailah semalam. Baru sempat nak beli barang-barang, petang tu jugak buatkan satu untuk dia. Kiranya, buat sekali semperna Sambutan Tahun Baru.

Marble Cake ini baru je keluar dari oven. Masih panas. Qashrin terjaga dari tidur petang. Gerak dia suruh tengok kek untuk dia. Tengok ekspresi muka dia...Wooooooo. Jaga-jaga yer, panas ni.....

Disebabkan bukan Qashrin jer, mak dia pun nak makan kek ni sebab bau dia menyengit hidung. Panas-panas tu jugak pindah atas dulang. Qashrin tu tengah makan cempedak manis. Opah nya tengah buat pembedahan buah cempedak konon nak masak cempedak goreng, tapi ada dalam belasan ketul je. Macam tak berbaloi nak goreng. Jadinya, makan macam tu sahajalah.

Masih panas, potong mesti pakai pisau kek, jangan pakai pisau jem yer puan-puan. Pakai pisau tajam lah senang cerita. Satu slice yang tepi tu, Mummy dengan Qashrin je ngap ngap ngap....Hehehehe

As the cake is still warm, laju je kami makan. Sian Opah kena jamu mata je. Kakak Anie, pembantu rumah Pak Uteh singgah sini nak tolong cuci rumah pun dapat makan.


Malam tu, setelah impian tercapai. Hahaha. Apa kami buat malam tadi, kami pergi ke KFC makan di situ. Gambar tak ambil pun. Dapat je snack plate satu sorang, semua makan jer. Terus jalan-jalan dalam kereta ke Dataran MBI sambil tengok orang ramai penuhi tempat makan DBI dan dataran. Dataran nampak penuh orang sebab ada stage sambutan malam tahun baru. Ada orang buat persembahan nyanyian macam konsert.

Berhenti di tepi jalan, zoom pakai Samsung Galaxy S4 Zoom. Dapatlah hasil yang ini, dengan kereta lalu lalang lagi.

Inilah cerita kami malam tadi. Dikesempatan ini, Mummy dan Qashrin ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru, semoga tahun 2014 lebih membawa kegembiraan kepada semua. Muax!

Xoxo
Mummy Akmar