03/01/2014

Hari Pertama Sekolah Tahun 2014 Di MMSB Ipoh

Semalam adalah hari pertama persekolahan. Nak kongsilah sikit pengalaman Mummy dan Qashrin. Pengalaman guling-guling Qashrin sampai sakit jiwa ni. Dah la hari tu bendera Jepun, betul-betul mencabar. Sampai kena phiap-phiap dah. Sampai rasa fed-up pun ada sebab dia meronta-ronta dan cakap taknak pergi sekolah.


Mula-mula gerak dia bangun bagi salam, good morning semua. Cakap elok-elok, manja-manja dengan dia. Katanya, nak tidur sebab masih malam (pandai woo bagi alasan). Yerlah seawal 7 pagi Qashrin bangun. Nak mandi awal sebab persekolahan bermula jam 8.30am dan rumah agak jauh dari sekolah. Aksi guling-guling bermula dari nak bukak baju, masuk bilik air, mandi, lepas tu keluar bilik dan paling teruk nak pakai uniform. Paling tak lalu sekali, temperature Mummy dah naik. Dia boleh keluar bilik air, menangis-nangis sampai batuk dan muntah susu 8oz dia minum pagi tu. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Mummy dah macam ultraman bernyala-nyala dah lampu merah!! (Kalau ada bunyi siren dah bunyi dah kan) Dah hangin.....okaylah, takperlah. Nasib baik maid abang dekat rumah, dia tolong angkatkan karpet tu cuci sidai di luar. Lepas tu.........MasyaAllah.........dari bilik Opah ke bilik Mummy! Menangis-nangis. Bersilat-silat dah ni. Akhir sekali bawak hanger pun tak makan saman. Menangis sekuat-kuat hati. Lepas tu, Mummy biarkan dia nangis sorang-sorang. Opah pulak protective bebenor kata kecik lagi takleh lah rotan-rotan takleh itu ini. Hey, bila nak melentur budak? Tunggu dia dah 30 tahun baru nak melentur? Hahahaha Kannnnnnnn....fine!! Biarkan diaaaaaaaaaaaa. Lepas tu masuk bilik, dia masih menangis, Mummy peluk dia, cakap dengan dia, kita tengok je dulu sekolah, jumpa teacher. Takpayah pergi sekolah. Tengok jeeeee!. Dia pon peluk Mummy teresak-esak. 

***Problemnya di sini. Qashrin memang dapat imuniti. Bila Mummy nak mendidik marah, alih-alih. Mummy kena marah balik sebab marah dia. Budak-budak memang akan testing di rumah. Erti kata lain nak test meronta-ronta kot kot boleh lah tak payah pergi sekolah. No more this year baby!! Tahun lepas masa di PERMATA takperlagi. Ikotkan cakap dia. This year takde dah.

Aksi ini sama sahaja dengan anak-anak saudara yang lain. Meronta-ronta menangis di pagi-pagi hari. Mummy sendiri tengok, tapi abang Mummy tak bagi chance lah. Sekali abang phiap phiap phiap...Hah! Terus diam bergerak maju kehadapan!!!!!!!!!!!! Kalau ikot mak dia, melentik-lentik badan menangis meraung semua cukup complete sampai tak ke sekolah!

Yes, inilah dugaan yang teramat besar di bahu. Sebab anak akan lebih takot dengan bapa. So, memang kena tegas sikit di sini. Sebab, Mummy kena jadi ibu dan bapa kepada Qashrin. Waktu manja. Memang boleh manja. Waktu kena tegas, memang kena tegas. Ikot cara Opah, akhirnya budak ni meronta tak pakai uniform dan sambung tidur!!!

Haaah!! Amik kau!! Panjang betul ni. Bukan senang nak melentur anak. Melentur buluh biar dari rebung kan. Ahaaaa...kena pulak dengan mak dia tengah bendera Jepun. Jadi rebunglah betul-betul ni. Hahahaha. Okay lepas kejadian guling-guling. We had our talk one to one together. "Please dengar cakap Mummy, Qashrin kan cakap nak sekolah di tempat "snow flake" (tempat salji), nak jaga Mummy, so, Qashrin kena pergi sekolah. Kalau dengar cakap Mummy, Qashrin takkan kena marah"......Dia pun peluk cium. Yup, everything is fixed, emotionally and mentally!!! Memang kena explain kenapa tindakan tadi patut di ambil. Surprisingly, hari ni tadi, hari kedua sekolah. Alhamdulillah. Bangunnnnnnnnnnnnnnn, elok jeeeeeeeee...Adoih rasa nak bagi AWARD anak terbaik di dalam dunia dan akhirat. Tapi ada lah sikit suara-suara halus begini "Mummy, I dont want to go to school"......Mummy buat tak tahu je. Cakap pasal Puan Azizah, pasal friends. Sampailah berjaya pakai baju sampai ke sekolah. 

Okaylah, jom kita tengok gambar-gambar di Tadika & Taska MMSB Ipoh.

Muka sedih sangat ni. Tengoklah tu. Ini waiting hall. Tempat assembly, waiting area nak balik rumah. Tadika ni memang besar sangat.

Tengok tu kawan-kawan seumur dengan dia berkumpul situ. Dia seorang sahaja duduk dekat Mummy. 

Mummy teman dia ke kelas, Puan Azizah suruh buka kasut dan letak di rak kasut. Letak bag di tempat yang ditempatkan

Ini menu makanan untuk kanak-kanak

Qashrin masuk kelas Pre K-2 dan ini jadualnya

Dari waiting hall ada beberapa section dengan pintu grill macam ni. 

Pertama sekali, cikgu bawak ke sini untuk bagi budak-budak ni gembira sebelum masuk kelas. Hahaha Itulah Puan Azizah yang ramah dengan kanak-kanak tapi dalam masa yang sama sangat tegas! Semua takot kalau dengar dia menjerit.

Puan Azizah called few girls who are very talkative and introduce them to Qashrin. Sebab ada yang dah masuk bulan December. So, cikgu nak kanak-kanak yang lama berkenalan dengan yang baru. Dan bercakap dengan budak-budak baru.

Dah main-main. Semua minum air kosong di belakang kelas. Meja sudut tu untuk air botol. Macam-macam botol ada. Dekat sini 1 botol air dah abis minum separuh waktu belajar je. Bagus sangat!! Guru kelas lagi satu tu Ms. Vicky.

Kelas Qashrin. Amboi, mak dia ni keluar masuk keluar masuk buat liputan. Wakakakka!

Group discussion. Sini semua English. Yang taktahu cakap english pun terus cakap english. Hahaha. First lesson belajar tentang Hari. Yes, malam tadi Qashrin dah boleh sebut Sunday sampai Wednesday. Memang cepat ingatan dia. 

Breakfast time. Makan bread and jam. Yang taknak minum Milo bawak botol air sendiri. Puan Azizah nampak beri perhatian pada Qashrin. Suka sangat. Hahaha. 

Untuk fasiliti pun bagus. Mini toilet bowls dan water sinks

Canteen 

Mummy tunggu sini sampai pukul 10 pagi. Tinggal dia kejap. Kata Qashrin dia buat colouring. Warna gambar kek. Lepas tu Mummy sampai, tengok ada Cikgu cina masuk, taktahu pulak nama dia apa. Ajar mandarin. Sorang-sorang di panggil untuk cakap bahasa Mandarin memperkenalkan diri  masing-masing. Terbelit belit lidah anak Mummy perkenalkan diri. Wahahahaha.

Lepas tu, mereka diberikan makan tenghari. Makan tenghari sangat kena dengan tekak budak-budak. Porridge lobak merah ada telur dan sup. Habis semangkuk. Alhamdulillah

Soalan, Puan Azizah tanya pada Qashrin "Are you happy?". Qashrin jawab "Yes"...Puan Azizah ni kalau menengking, semua budak duduk diam. Yang mana yang tak dapat dibendung tu, di jerit je "You want to go out of the class"?? Budak-budak terus diam! Yang tak reti cakap English pun terpaksa berbahasa English. I like!! Hahaha

Panjangkan cerita pengalaman hari pertama di sekolah Tadika MMSB. Dari cerita pasal buluh rebung semua ada. Mesti penat bacakan. Yeah, Mummy pun penat menaip. Hahaha. Sedikit nota cinta to my beloved baby girl.

Qashrin, remember this, Mummy spent so much on your education. I did this, just for you. For your own good and your future. I would rather reduce my shopping expenses and exchange it to your education. Just for you dear....One day you will understand why...

Love,
Mummy Akmar