03/01/2014

Hari Kedua Di MMSB Ipoh

Alhamdulillah. Hari ini, pagi tadi Qashrin bangun dengan lancar sekali. Lepas minum susu. Dalam pukul 7.15am suruh dia bangun, bukak baju dan mandi. Dukung dia manja-manja. Sikit. Waktu mandi masih cakap "I dont want to go to school"........Licik jugak dia ni. Hahaha Nak guling-guling tak berani dah, takot gamaknya.

Pakai baju t-shirt dan short hari ni sebab ada aktiviti luar. Hari Rabu dan Jumaat. Waktu hantar tu, hantar depan pintu dengan kereta. Dia didukung oleh Ms. Vicky, tolong ambil bag sekali. Sekali Qashrin kata "Mummy, tak masuk ke?" Mummy cakap "nak parking dulu". Memang tak cari parking pun, nak balik. Kalau ikot dia, karang drama lain pulak.

Happy face!! Hari kedua takde guling-guling. Alooor buwoknya muka bangun pagi. Sembab. Hahaha

Waktu balik, nak ambil dia, dia keluar lewat jugak. Baru lepas makan. Lepas tu nampak dia, terus dia jerit "Mummy!!!...my bottle is magic..magic magic". Hahaha Rupanya bottle air dia hilang. Aiyooo. Siapalah terambil tu. Pulangkanlah bottle Minnie Mouse tu sebab penat beli malam sebelum sekolah tu dekat Tesco. Hahaha Malas nak beli lagi. Kata Puan Azizah, ada orang terambil botol dia. Nanti dia carikan.

Tunggu Qashrin dekat sini takde pulak. Yang ini budak-budak yang Full Day. Diorang tengok TV dulu sebelum tidur. Rupanya pergi ke depan sikit. Dari kelas dia ada satu lagi exit untuk kanak-kanak bawah umur 4 tahun ke bawah

Waktu berjalan ke kereta, Qashrin boleh cakap "Mummy kerja ke? Mummy tipu tak parking" Ish Ish...ingat tu. Terpaksalah Mummy cakap "Mummy nak cari parking, lepas tu perut Mummy sakit nak yak yak. Mummy balik lepas tu pergi work". Wahahaha. Okay problem settled!

Lepas ni cuti dua hari. Kita tengok gelagat dia hari Isnin nanti. Hehehehehe

Xoxo
Mummy Akmar