08/01/2014

Drama Ke Sekolah Hari Ke 3 Dan Hari Ke 4

Sehingga hari ini, Qashrin masih tidak penat-penat membuat drama.  Testing supaya dapat dikecualikan untuk ke sekolah. Yes, budak-budak kecik memang pandai nak ajar kita dengan tantrum mereka supaya dapat ikot kehendak mereka. Tapi drama filem pendek je lah. Hahahaha. Seperti ada menyuarakan pendapatnya "I don't want to go to school" "taknak pakai baju sekolah" "nak Mummy......."

Beratur nak turun anak-anak.

Masih ayat-ayat yang sama. Pagi ni tadi pun, menangis bila didukung oleh teacher masa turunkan dia di pintu sekolah. Bila, teacher bukak pintu kereta, Qashrin seolah-olah nak larikan diri, peluk kuat-kuat dekat Mummy. Macam nampak monster pon ada. Huhuhuhu. Aloooor, memang ikotkan Mummy nak teman Qashrin tapi Mummy nak Qashrin belajar suasana yang baru. Sedih jugak tiap pagi tengok dia nangis, bila Mummy nak drive keluar. Tapi kena kuatkan semangat.

Drama Hari Ketiga

Bangun pagi macam biasa, tapi ada ler sikit suara-suara sayu taknak pergi sekolah. Sesampai je di sekolah. Berpeluk sakan taknak lepaskan Mummy. Masih nangis nak keluar dari kereta. Siannya dia...Hari ketiga sekolah, saja datang awal nak tengok dia. Ambil awal, Qashrin hanya tak makan waktu tengahari. Bawa dia pergi ke Aeon Kinta City untuk makan Johnny's steamboat

Ini je menu kegemaran dia. Nasi putih, sup ayam dan ikan salmon. Banyak dia makan. Alhamdulillah.

Balik rumah, tukar baju dan cuci apa yang patut. Terus tidur sehingga berdengkur. Sian tengok dia penat sangat ke ni.

Drama Hari Ke Empat

Percubaan sangat mampan kata orang. Hahahaha. Adalah nangis-nangis sikit sikit manja manja. Waktu pakai baju, buat aksi taknak pakai baju. Okay, taknak rotan-rotan dan marah-marah. Takperlah, taknak pakai baju uniform. Nahhh. Ambil pakai dress Gymboree ni ke sekolah! Hahahaha. Nak dijadikan cerita, botol air Minnie Mouse dia yang baru je beli malam sebelum sekolah, tempat hisap tu tercabut. Macam pelik pulak kali ni siap ada spring-spring. Bila sambungkan asyik bocor je. Geraaam betul. Terus buang dalam tong sampah. Cakap dekat Puan Azizah, hari ni tak bawa botol air. Teacher guna gelas sahaja untuk dia. 

Waktu nak turunkan dia di sekolah. Adoihai menjerit "Mummy...mummy.........." tapi sekejap je. Lepas tu okay dah kata teacher.

Kesian pulak takde botol air. Lepas je hantar dia, dalam 8.30 pagi dah ada dekat Tesco. Pening mana satu nak pilih. So, mari ambil gambar dulu. Dah la takde orang pepagi tu kan. Hahaha. By the way botol air Qashrin botol air Minnie Mouse di row kedua dari bawah. Dah ku buang dalam tong sampah. Hahhahaha

Akhirnya, Mummy pilih botol ni je. Ada lubang di tengah dan ada penapis di atas tu supaya air tak keluar terlalu banyak waktu minum. Botol gambar-gambar princess ni. Harga RM16++ lebih kurang tu. Botol ni pon kena tutup elok-elok kalau tak leaking. Haih kualiti tak berapa sangat. Takkan nak beli botol air anak-anak sampai beratus kot. Sabar jelah...

Terus pergi ke MMSB semula. Tengok-tengok waktu diorang tengah morning break. Confident anak I pakai dress lain dari yang lain. Hahahahaha. Terus Mummy report dekat Puan Azizah pasal Qashrin pagi tadi menangis taknak pakai baju, tu pasal pakai dress lain. Tersengih-sengih muka Qashrin. Takde pulak dia nak meraung-raungkan. 

Setiap hari, botol air mesti abis. Sekarang, botol air Qashrin lagi tinggi. Setiap hari mesti habis air masak dibekalkan. Kata Qashrin, "teacher suruh abiskan".......Macam nak bekalkan makanan untuk dia. InsyaAllah kalau rajin. Konon nak buat Bento LunchBox. Cute sangat....(Okay ini mak nya yang terlebih) Nak tahu apa Bento Lunch Box? Nanti Mummy kongsikan di entri yang lain.

Okaylah dah dekat pukul 11 malam. Gooood nite everybody.....sweet dreams. Qashrin dah lena abis sebotol susu.

Xoxo
Mummy Akmar