09/01/2014

Dim Sum Halal Di Greentown Dim Sum Cafe Ipoh

Baru-baru ni dapat discover tempat makan Dim Sum Halal di Ipoh. Dah tiga kali Mummy makan dekat sini. Dapatlah melepas mengidam makan Dim Sum sebab kalau di KL memang banyak tempat makan menyediakan dim sum Halal yang senang untuk didapati. Jangan risau kalau rasa ragu-ragu sebab restoren ini memang dapat pengiktirafan dari Jakim dan ada letakkan logo Halal. Cuma, Mummy tak sempat nak snap photo.

Restoren Greentown Dim Sum Cafe memang ramai orang datang makan waktu tenghari dan malam. Kedai ni amat selesa dan bersih. Waktu menunggu makanan pun tak lama sangat. Banyak pilihan dim sum, dumplings dan juga ada makanan goreng-goreng ala chinese. Okaylah tak mau cerita panjang-panjang, jom tengok apa yang Mummy makan beberapa hari lepas bersama kawan.

Chinese tea. Nama dia tak ingat pulak. Er Fu apa ntah... Hahaha

Fried Beancurd Rolls served with mayo and mint sauce. Ini adalah menu kegemaran. Tiap kali datang sini akan order yang ini. 

Set Wantan Noodles and dumplings soup dan juga Fried Salad Seafood Rolls served with mayo. Aaaaah sedapnya makan dengan sos cili dan sos tiram dalam botol yang diletakkan di setiap meja. Wantan mee dia memang sedap, lepas mengidam nak makan wantan masa dulu makan di MMU Melaka di kedai cina muslim. Nyumm!

Yang ini tak sure apa pulak namanya. Hahaha. Kawan yang order. Atas tu ada manga dan kuah sambal. Dalamnya, rasanya udang dan bayam kot. Xiang Xi Dumplings kot. Eh..ntah! Nanti pergi lagi boleh check balik. Heee~

Datang lagi, dim sum panas-panas. Warna kuning tu Chicken Siew Mai, Warna hijau tu pulak Spinach Mai dan akhir sekali Seaweed Mai. Yeah semua mai mai mai. Mai masuk perut Mummy eh? Hehehe

Ada jugak menu lain yang pernah Mummy makan seperti: Kampung Fried Rice, Prawn Dumplings, Fried Radish Cake and Fish Ball. Gambar tak sempat nak ambil hari tu. Kalau sesiapa yang nak mencuba Dim Sum Halal boleh dapatkan alamat di bawah:

GREENTOWN DIM SUM CAFE (Halal)
No 10, Persiaran Greentown 4,
Greentown Avenue, 30450 Ipoh, 
Perak, Malaysia.
Tel No : +605-255 2010, +6012-569 8876
Opens from 8am until 9pm daily. Closed on Tuesdays.

Xoxo
Mummy Akmar