26/01/2014

Menjadi Babysitter Hari Kedua

Lambat betul nak update ceritakan. Takperlah dah niat nak update cerita pasal pengalaman menjadi babysitter. Ahaaaa, lambat semua Cik Jah dan Kak Senah nak tahu cerita Mummy kan. Hahahah Ayat Cik Jah dan Kak Senah ni, Mummy curi dari Chef Wan, kalau tengok rancangan masakan dia, dia akan suka cakap "Suka Hati Kau Lah Senah" Hahahaha.


Mummy nak sambung pengalaman menjadi babysitter di entri yang lalu. Waktu malam tu, Opah bawak Sara masuk bilik nak ajak tidur. Di a nangis. Boleh pulak dia duduk depan pintu bilik Opah sorang-sorang. Sebelum pintu bilik ada satu ruangan macam hall. Dia duduk situ sorang-sorang. Gamaknya teringat mama dia. Mummy baru nak tengok cerita Oh My English America! Tengok dia sorang-sorang, Mummy tak abis tengok pun bawak dia masuk bilik.

Hari kedua Qashrin sekolah ditemani oleh Sara. Tengok rambut duaorang ni, di-styling oleh Opah. Dua-dua fesyen sama. Aiyooo. Qashrin dah rupa Frankenstein sebab dahi dah la tinggi. Wakakakakaka.

Pagi-pagi lagi Qashrin dan Sara mandi berdua, eh silap bertiga dengan Mummy. Hehe. Mandi nak siapkan Qashrin ke sekolah. Pukul 7.20 pagi dah gerak dua-dua ni. Bangun mandi. Memang kena mandikan air panas kalau Qashrin ni, kalau sejuk mau meraung menangis dalam tandas. Hehehahaha

Tiup tangan Sara sebab tangan dia ada luka sikit dah dok garu-garu nyamuk gigit

Sara sangat excited ikot Mummy nak hantar Qashrin. Mummy memang bagi bag sekolah satu dekat dia. Tapi yang kecik punya bag pack Barbie kepunyaan Qashrin. Kemain dia salam dan cium tangan Opah dan lambai konon-konon dia pon nak pergi sekolah. Qashrin pon bersemangatlah nak pergi sekolahnya. Tapi hari kedua ni, Qashrin menangis taknak turun kereta. Tapi nangis kejap jer. Yang si Sara pulak rilek je sampailah dia nampak playground dan swimming pool...Dia asyik cakap "nak..nak..." Sambil menunjjuk jari dia. Hahaha. 

Hari kedua takde surprise apa pon untuk Qashrin. Ambil dia macam biasa di sekolah tenghari tu. Tapi sebelum tu bagi Sara makan nasi dan sup ayam. Abis semangkuk!! Waktu nak ambil Qashrin, dia dah tertidur dalam kereta. Kekenyangan kot......Hehehehe. Petang tu sikit, Mama dia pun sampai dari Penang. Happy sangatlah dia!!!

Xoxo
Mummy Akmar