07/01/2014

Aktiviti Hujung Minggu Berkampung Di Cheekytots Lagi

Rasa mood ke laut nak blogging. Dah dua hari tak bersiaran. Terpaksalah rajin-rajin kan diri ini sikit nak menghadap laptop nak menaip luahan dari hati. Yerlah waktu menaip, bercakap dalam hati lepas tu tangan bergerak menaip. Kadang-kadang ayat jadi pelik jer bila baca. Takperlah janji korang paham. Hehehe

Hujung minggu hari tu sibuk melayan anak dara Mummy dan pergi birthday party anak abang. Kiranya hujung minggu yang dipenuhi dengan perkara dan aktiviti bersama keluarga. Cerita hari Sabtu lepas, disebabkan Opah dan Atuk pergi kenduri orang, kami berkampung lagi dekat Cheekytots De Garden. Dah jadi rumah kedua dah dekat situ. Sajalah bawak dia, nak bagi reward sebab hari kedua jadi anak yang baik ke sekolah. Lagi pun elok juga untuk bina kekuatan tulang dan nampak ada peningkatan Qashrin naik turun tangga tu. Yang lain pula,  boleh berkenalan dengan kawan-kawan baru. Bolehlah tambah keyakinan diri.

Sementara di De Garden, mulanya kami nak makan tenghari di Ayam Penyet, tapi boleh pukul 1 tengahari lebih ayam belum sampai. Lepas tu pergi, kedai Tokutokuya (semua barang RM5.00) dan juga DIY. Beli-beli barang sikit. Terus ke AP, masih tutup lagi. Aiseyman!! Teringin nak makan ayam penyet, tapi ayam tak sampai lagi. Gamaknya ayam sampai pukul 3 petang kot. Hahaha. Terus Mummy bagi nombor telefon suruh sms kalau ayam dah selamat terbang sampai ke restoren tu. LOL. Disebabkan dah laparkan, kami makan je dulu dekat Cheekytots.

Nak macaron pulak. Haish....beli jugak!

Mushroom soup. Sedap jugak, Qashrin suka garlic bread tu.

Spaghetti Carbonara with chicken ham. Favourite Qashrin ni. Dia makan banyak sangat.

Nasib baik dengar cakap, makan dulu baru main sambil bisik di telinga "kalau tak makan dulu, Mummy ajak balik je" Ahaaaaaa, menurut perintah. Laju makan, separuh dari spaghetti tu dia je makan. Dengan air pop gambar doraemon tu.

Dah makan-makan, tetibe ayam penyet sampai. Hahahaha Adeyh. Teringin.....

Ku gagahkan juga. Ambil set RM11 ada ayam penet, nasi, sedikit sayur tempe dan tahu termasuk juga air teh o. Yummmm. Pedas gileeeeeeeee!!

Dah main-main jumpa kawan pulak. Seronok betullah. Memula sopan je bila suruh posing. Yang lagi sorang macam lost in action. Gigih pasang kerusi. Hahaha.

Orang suruh posing, dia buat freestyler pulakkan...

Sekarang dah berani naik atas sorang-sorang. Dan juga dah berani naik slide tinggi tu. Tapi naik sekali dengan Mummy lah

Naik atas ni dekat 5 kali, naik slide berdua dengan dia. Lepas tu nak rehat, memang tak cukup nafas. Mummy cakap "mi, tak larat dah, tak cukup nafas" Boleh si Qashrin terus pegang muka Mummy. Cium sambil hembus nafas "cukup tak nafas Mummy?" Betullah buat orang tergelak. Lepas tu, dia boleh buat aksi nak nangis sebab tak ikot dia naik lagi nak turun slide. Ya ampooon, tak lalu. Mau nak pengsan tercungap cungap. 

Kami berkampung dekat sini dari 12 tenghari sampai 6 petang. Bayangkan ler berapa lama Mummy duduk sini. Mummy melayan Youtube tengok orang masak, dia main sorang-sorang. Waktu nak balik tu dia boleh buat drama. Sooooo, drama queen. Menangis meraung. Takpernah buat perangai macam ni. Lagi besar lagi menjadi perangai dia ni. Mummy tak marah tak apa pun. Dukung je dia. Menangis nya dari pintu Cheekytots

 sampai ke kereta. Satu De Garden tengok dia meraung. Hahahaha Dia menangis sampai dalam kereta, sampai ke rumah. "Nak mainnnnnn lagi nak main slides" itu je kalimah yang dia sebut.

Balik je rumah, nangis dekat 5 minit, lepas tu dia tewas. Bagi bantal bucuk, terus tertidur. Bangun tidur, gerak mandi, bagi makan. Malam tu, sweet sangat. Sebelum tidur dia cakap "mi, ichin sorry. Ichin nak mintak maaf". Mummy cakap "maaf untuk apa?" Dia cakap, "sebab tadi ichin nangis nangis dekat Cheekytots. Ichin promise, ichin tak buat lagi". Alooooor so sweet. Memang selalu Mummy akan mintak maaf kalau marah dia dan beri sebab kenapa Mummy marah. Dia pun buat yang sama jugak. Nak ajar dia jadi seorang pemaaf dan senang mintak maaf. 

Itulah ceritanya, cerita hari Ahad pulak pergi birthday party anak abang, nanti kalau rajin boleh kongsi cerita. Oooh, nak kena cerita Qashrin cuba buat aksi guling-guling pergi sekolah. Hahahaha.........

Xoxo
Mummy Akmar