19/12/2013

Toddler Toilet Trainer Yang Mudah Dan Senang Untuk Anak Kecil

Horeayhh!! Jumpa dah alat paling berkesan untuk Qashrin. Terlalu gembira betul dah ni. Memang ada potty trainer yang bentuk macam bangku tu. Tapi dia taknak dan tak suka. Jenuh betul nak suruh dia membuang air besar dalam tu. Taknak.


Bila nak buang air kecil je mesti atas lantai. Lagi teruk kalau buang air besar. Selalu Mummy terpaksa guna plastik buatkan jadi glove untuk kutip hasil sisa-sisa yang dibuang oleh dia. Tak kisahlah di mana, di rumah ke di hotel ke mahu pun di tandas awam. Kalau bernasib baik tandas cangkung takper jugak. Boleh sirah air di situ. Hahahahah Euwwww!! 

Syukur sangat dah jumpa Toddler Toilet Trainer untuk Qashrin. Mummy beli online sahaja. Bila nak pasang alat-alat ni jenuh jugak okay. Sekarang buat sendiri memang kena pandai adjust sana sini. Nampak je simple tapi memang jenuh nak pasang. Sebab manual takde pulak, harapkan tengok gambar. Tapi berjaya jugak! Hahaha
Measurement Toddler Toilet Trainer, boleh dilipat senang untuk simpanan, anti-slip (gelincir)

Dah pasang separuh baru nak snap. Hahaha. Jenuh jugak okay banyak screws warna kuning tu, tapi nasib baik boleh jugakkan. LOL

Tadaaaaa, ini hasilnya!!! 

Qashrin bersemangat waja nak membuang air kecil atas ni. Buang air besar belum cuba lagi. Waktu tengah pasang alat ni hari tu dia tengah berhempas pulas atas lantai. Hahahaha Euwwwwwwww lagi sekali. 

Ajar dia perlahan-lahan naik menda ni. Dia suka sangat. Siap cakap ayat bangga sesangat dapat buang air atas toilet bowl. "Mi, ichin dah besar, ichin kencing atas toilet bowl" Hahahaha. 

Pada sesiapa yang nak beli Toddler Toilet Trainer ni boleh hubungi Mummy. =)

Xoxo
Mummy Akmar