01/12/2013

Tips Untuk Tukar Susu Tepung Anak Dengan Kaedah Bandingan Nutrisi

Sekarang ini masa untuk menukar susu tepung Qashrin. Dari Pediasure ke Dumex. Yerlah susu Pediasure sekarang ni dekat Tesco dah mencecah RM80.80 untuk 900gm. Selalu beli dekat kedai Sengsei cina sebab harganya lebih murah dan sekarang ni dah tak tahu berapa agaknya harga semasa setin. Mungkin lebih mahal lagi. Memang boleh beli di klinik Pediatrician dengan harga yang murah tapi, kena beli 20 tin sekali harung dan tin tu pulak tin paling kecil. Bila fikir-fikir balik leceh pulakkan nak angkut bertin-tin tu semata-mata nak harga murah yang tak seberapa tu. Dulu waktu tukar susu tepung ke Pediasure adalah disebabkan Qashrin yang selalu sakit dan Doktor Pakar Kanak-Kanak tu sendiri cadangkan susu ni. Lepas tu pulak Mummy macam nak naikkan berat badan Qashrin. Alhamdulillah memang nampak perubahan. Qashrin memang kurang sakit.

Dalam seminggu yang lepas, cuba ambil sample susu tepung bagi Qashrin cuba. Waktu tu hanya ambil Sustagen, Mamil Active untuk 3 tahun dan 4 tahun dan juga Enfagrow. Enfagrow pulak Mummy siap beli satu paket ingatkan Qashrin boleh terima susu tu. Terus nampak sangat selera Qashrin tak kena dengan Sustagen dan Enfagrow. Jenuh nak bersilat bagi dia minum. Dia kata "Mummy, susu ni masin". Hahaha. Tapi bila bagi Mamil Active Precinutri ni, laju abis sebotol. Nampaknya dia boleh terima susu ni. Lagi pun masa Newborn pon pakai susu yang sama MamexGold yang memang mahal. Entah kenapa Newborn punya susu tepung memang mahal.



Apa yang Mummy nampak, antara Mamil Active Precinutri dan Pediasure ini memang tak banyak beza dari segi nutrisi. Dan yang paling penting harganya lebih murah kalau nak dibandingkan dengan kuantiti susu. Harga Mamil Active Precinutri ini RM83++ untuk 1.6kg. Tak ingat lebih kurang itu, tapi harga pasaran RM95.

Waktu beli susu tadi, Dumex sedang buat promosi Dugro Fruit & Vege dan bukak booth beri sample untuk diminum sejuk-sejuk. Tengok Qashrin memang suka. Terus Mummy tengok bandingkan antara dua susu ini. Antara Mamil Active Precinutri dan Dugro Fruit & Vege. Sebab dua-dua bawah jenama yang sama iaitu Danone Dumex. Memang lebih kurang sama cuma Mamil Active Precinutri ada lebih tinggi kandungan DHA dan ada tambahan Oligosakarida serta tinggi kandungan Vitamin D dan Kalsium sebab tu harganya mahal.

Susu tepung Dugro Fruit & Vege pulak memang diiklankan agar anak-anak dapat benefit dari buah-buahan bagi anak-anak yang tidak suka makan buah. Jadinya, Mummy cadangkan boleh bancuh susu ni di siang hari manakala Mamil Active Precinutri untuk malam. Hahaha. Sampai begitu sekalikan, boleh sampai dua susu untuk Qashrin ni. Sekarang ni tengah testing-testing je. Sebab Dugro ni hanya RM25 sahaja untuk 900gm. Memang harganya murah. Takot pulak Mummy tarik semua nutrisi secara mengejut dek kerana nak murah dan berjimat sangat. DHA memang penting untuk pertumbuhan sel otak manakala Oligosakarida untuk usus dan Vitamin-vitamin lain amat diperlukan untuk tumbesarannya.

Untuk info nutrisi susu tepung Danone Dumex. Boleh klik link di bawah:



So, ibu-ibu yang nak menukar susu tu. Boleh cuba dengan kaedah dan tips ini. Mula-mula ambillah sebanyak sample yang ada dan bandingkan nutrisi susu yang sedia ada dengan susu yang baru. Bandingkan jugak perisa. Kalau tekak anak dah kena dengan susu tepung dari kaedah menggunakan sample ni. Bolehlah terus beli susu tu. Yang penting pastikan kandungan nutrisi masih tetap sama. 

Inilah cara nak berjimat sedikit. Yerlah Mummykan ibu tunggal tambahan lagi tahun hadapan Qashrin akan mulakan persekolahannya dengan serius di MMSB yang memerlukan banyak wang. Kalau nak harapkan orang lain memang takder siapa pon nak bantu. So, kita kenalah pandai-pandai bertindak sendiri dan fikirkan apa yang terbaik untuk anak kita. InsyaAllah.

Xoxo
Mummy Akmar