31/12/2013

Tempahan Marble Cake Dan Butter Cake Untuk Hari Krismas

Hari tu ada orang order 2 biji Marble Cake dan sebiji Butter Cake. Ada yang buat tempahan untuk dijadikan jamuan Hari Krismas ada pula kawan melayu yang tempah untuk makan sekeluarga.


Itulah dah janji kena kotakan. Kena buat 3 biji kek macam susah jugak. Bukan susah nak buat kek tapi pembahagian masa dan nak kena "on time" hantar pada pelanggan. 

Mesin hobart ni tak henti-henti berputar. Dah 15 tahun berjasa bersama kami. Ewah!! 

Tempahan Cake, Cupcakes, Marble Cake di Ipoh Perak
Marble Cake batter

Marble Cake Qashmere Tempahan Di Ipoh
Dah siap semerbak bau satu rumah. 

Tempahan Marble Cake di Ipoh Perak
Cake satu siap!! Ada dua biji kek lagi......

Alhamdulillah, dapat jugak menyiapkan order. Qashrin tak henti-henti nak makan kek nak makan kek. Kesian pun ada. Sebab beli barang cukup cukup nak buat 2 biji Marble Cake, tiba-tiba ada pulak yang order sebiji Butter Cake. Itu yang tak sempat nak ke kedai beli barang. 

Jadi, tadi tercapailah impian Qashrin nak makan Marble Cake Mummy yang sedap tu hari ini. Baru buat tadi, puas dapat makan sebab asyik cium baru semerbak je kan. Hehehehe. Nak tahu cerita sepenuhnya, tunggu di entri lagi satu. 

Xoxo
Mummy Akmar