09/12/2013

Strawberry & Banana Fondue Dengan Homemade Nutella Ganache Yang Sedap Dan Mudah

Musim hujan adalah musim yang membuatkan kita terasa nak makan comfort food. Yerlah dah rasa sejuk-sejuk, hari pon dingin rasa nyaman dan semestinya perut pon sentiasa akan meminta-minta nak makan macam-macam. Mummy tak pasti yang lain sebab macam Mummy sendiri banyak bebenor teringin itu dan ini. Hahahaha. Nak nak pulak kalau di saat sebelum waktu-waktu setiap bulan (yang ni perempuan-perempuan je yang akan paham). Memang mengidam macam-macam.


Hari tu kami makan steamboat di Restoren Johnny's Aeon Kinta City. Macam dah tak tahu nak makan apa, hari-hari pulak hujan. Memang best kalau makan steamboat. Qashrin pulak baru sahaja baik demam. Alhamdulillah sihat lepas 4 hari demam. Risau jugak. 

 Lepas makan tenghari, kami pun jalan-jalan ke supermarket dalam Aeon. Sebab nak beli Nutella, pisang dan beberapa barang lain untuk Qashrin. Tetibe pulak Qashrin ternampak buah strawberi dan suruh beli. Mulanya nak ambil yang dari New Zealand tapi banyak pulak yang macam buahnya tak berapa elok walaupun besar-besar. Nampak buah yang elok jenama Driscolli USA. Besar pulak kotaknya. Kata Opah beli yang besar punya kalau beli yang kecik tapi banyak pulak rosak. Menurut perintah tapi harganya pon memang menariklah RM22 satu kotak. Terus terbayang nak buat Fruits Fondue sebab di rumah masih ada lagi tinggal baki fresh cream. Terbayang dah kalau strawberry dip with hot chocolate and cream. Yummm!

Bahan-Bahan Untuk Strawberry & Banana Fondue
1. Buah Strawberi
2. Buah Pisang
3. Fresh Cream 
(pukul hingga kembang)
4. Fresh Milk 
5. Nutella 
(kalau takde nutella, chocolate bar pon boleh pakai)

Cara-cara membuat Nutella Ganache
1. Ambil 3 sudu besar chocolate Nutella letakkan dalam mangkuk.
2. Tambahkan pula dalam 2 sudu besar susu segar 
3. Masukkan dalam microwave 1-2 minit
4. Kacaukan sehingga likat dan sedia untuk dihidangkan

Kotak besar strawberi dari USA ini abis kami makan anak beranak. Opah makan 3 biji juga. Qashrin yang paling laju. Siap dia suruh simpan sikit untuk besok. Hehehe. Tengok buah-buah ni besar dan segar. Bestnya kalau dapat buah strawberi besar-besar macam ni makan hari-hari. 

Fresh cream Mummy whisk kan hingga kembang sedikit. Coklat Nutella Ganache tu mangkuknya comot pulak. Beginilah cara kita hidangkan. Potong buah-buah ini macam dalam gambar ni.

Muka excited sangat ni. Sian mata dia bengkak sikit. Pakai topi lepas tu tiba-tiba kelopak mata gatal. Opah kata kalikater. Dulu Mummy pon pernah kena. Hahaha Tataulah tapi lepas beberapa jam surut dah menda tu.

Yang ini saya punya. Jangan kacauuuuuu! hehehehe. I could eat this whole day..........Omnom nomm nomm....

Memang sedap makan di hari-hari hujan begini sambil menonton tv berdua-dua dengan Qashrin. Lovely!! So, apa pulak uolls punya comfort foor?. Kongsikan comfort food yang korang suka dan nak sangat makan. Manalah tahu boleh Mummy cuba jugak.

Xoxo
Mummy Akmar