27/12/2013

Rumah Terbuka Hari Krismas

Sejak pindah ke Ipoh setiap tahun memang selalu dapat jemputan ke rumah terbuka Krismas kawan bukan Islam. Memang segan nak datang. Hahah. Tapi bila anak dah besar sikit, bolehlah buat teman, Opah pon ikot sekali. Lagi pun waktu tu Qashrin masih kecik sangat nak tinggalkan di rumah.


Jadi, tahun ini Mummy ambil peluang melawat kawan yang menganut agama Kristian yang menyambut perayaan Hari Krismas ni. Ramai sangat orang pada waktu tu. Jemputan lebih dari 100 orang. Qashrin yang sangat teruja sebab nampak pokok Krismas dan dapat hadiah dari tuan rumah.

Dari segi makanan pula, tuan rumah memang menggunakan katering yang mempunyai sijil halal. Qashrin banyak makan spaghetti bolognese, makanan kegemaran dia. Hehehe. Sebelum kami makan, seorang reporter cina, suruh Mummy ambil makanan sikit dulu dan mereka nak ambil gambar. Gambar 1 Malaysia ada cina, melayu, india bersama tuan rumah di pokok Krismas. Hahaha. Sempat lagi Mummy tanya, boleh tak bawak anak sekali. Tengah tunggu bila gambar kami akan keluar. Rasanya The Star kot. Hahaha

Gambar sebelum kami balik, dia dapat hadiah.

 Malu malu nak tangkap gambar

Teruja tengok hadiah dan pokok Krismas

Dapat dua pressies

Malu nak bergambar lah tu. Kegebuan tidak ternilai. Hahaha.

Macam-macam makanan ada. Ada dua buffet table satu untuk masakan Nasi, ayam, kambing all indian food. Sebelah kiri pulak western food and chinese cooking food. Semua sedap sedap. Hahaha. Apa aktiviti cuti hari Krismas korang?

Xoxo
Mummy Akmar