11/12/2013

Resipi Gulai Tempoyak Ipoh Yang Sedap Dan Mudah

Ramai yang ingin tahu Resipi Gulai Tempoyak yang Mummy kongsikan di entri sebelum ini. Ada yang message di email dan juga Facebook.

Kalau nak masak Gulai Tempoyak Ipoh ni senang sahaja. Sebenarnya nak menyediakan masakan ini memang tak susah dan bahan pun tak banyak digunakan. Yang penting gulai tempoyak Mummy masak ni memang pekat sebab kami tak suka yang cair-cair.



Bahan-Bahan
4 keping ikan jenahak (boleh pakai ikan lain juga)
2 biji cili merah hidup
3 biji cili padi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
(kalau ada kunyit hidup pon boleh juga)
1 biji timun cina
2 cawan tempoyak
3 gelas air
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa


Cara-Cara Memasak
1. Kisarkan cili merah hidup, cili padi, tempoyak, serai dan serbuk kunyit sehingga sebati. 

Untuk pengetahuan korang, tempoyak ini mungkin ramai yang cakap banyaknya. Sebenarnya tempoyak yang Mummy gunakan ni adalah tempoyak baru memang tak masam macam tempoyak lama. Cara kami sediakan tempoyak tu pun berbeza sebab hanya dibiarkan peram seharian diluar sahaja dan simpan tempoyak di dalam tempat sejuk beku. Tak sama macam seperti di kedai yang perap diluar berhari-hari sampai terlalu masam dan berasid. Tapi tempoyak yang kami gunakan dah cukup masam, jadi tak perlu letak asam keping. Kalau korang ada tempoyak jenis masam, letakkan sahaja 4 sudu kerana takot terlalu masam. 

2. Kisaran tadi terus di masukkan dalam periuk, tambahkan air, timun cina dan renihkan. Masakkan seketika supaya timun masak separa sebelum masukkan ikan. Timun cina ni perlu di kikis kulitnya dan dipotong saiz macam timun biasa. Kalau nak pakai timun warna hijau tu pun takpe. Ikot citarasa masing-masing.

3. Masukkan ikan, gula dan garam secukupnya. Dah elok masak ikan tu dah boleh hidangkan.

Cara memasak gulai tempoyak ini ada juga berbeza dari bahan-bahan yang Mummy kongsikan ni. Gulai tempoyak ni memang pekat sebab kami suka makan kuah pekat-pekat tak suka cair-cair. Ada juga cara penyediaan di negeri lain seperti Pahang yang tambahkan daun kesum dan daun bunga kantan. 

Selamat mencuba!

Xoxo
Mummy Akmar