23/12/2013

Resipi Ayam Percik Dan Air Cicah Asam Kerisik Yang Sedap Dan Mudah

Hujung minggu lepas, Mummy mencuba Resipi Ayam Percik dengan menggunakan periuk Noxxa. Ahaaaaa, masak dengan periuk Noxxa lagi. Bukan obses tapi senang kerja. Semenjak cuba masak dengan menggunakan periuk ni terus rasa nak masak lagi. Dulu pernah tengok seekor ayam dipanggang menggunakan periuk ni. Tapi tak tengok cara memasak,  tapi tengok hasil je sebab nak merasa. Hahahaha.


 Bahan-bahan
1 ekor ayam
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 batang serai
3 inci kunyit hidup
3 inci lengkuas
2 sudu kecil bijik ketumbar
4 sudu besar cili kering dikisar (kalau nak pedas tambah lagi)
200 ml santan 
1 asam keping
Garam secukupnya

Cara-cara 
1. Cuci ayam dan toskan
2. Kisarkan bawang besar, bawang putih, serai, kunyit hidup, serai, biji ketumbar sampai hancur.
3. Masukkan bahan kisar, cili kering dikisar, santan dan ayam dalam periuk Noxxa
4. Letakkan high pressure cooker selama 2 minit.
5. Keluarkan ayam dan panggang dalam oven. Sementara tu, tukar setting periuk stirfry dan masak kuah ayam percik tadi sehingga pekat. Tutup periuk dan sekali sekala kacau sehingga santan pecah minyak.
6. Sementara ayam dipanggang di dalam oven, ambil kuahnya dan tuang sedikit atas ayam dan terus panggang dalam oven sehingga warna perang keemasan.

Campurkan semua bahan dalam periuk macam ni dan setting High Pressure Cooker untuk 2 minit. 

Kalau makan dengan ayam percik mesti akan di makan dengan air cicah asam kerisik. Baru layan. 

Bahan-bahan
3 biji tomato didadu
4 cili hidup
3 cili padi
1 ibu jari belacan
2 sudu besar asam jawa pes adabi
1 biji bawang besar saiz serdahana
2 sudu besar kerisik
Garam
Air secukupnya

Cara-cara
1. Tumbuk cili hidup, cili padi dan belacan.
2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk
3. Tambah air mengikut kepekatan yang disukai dan juga garam secukupnya
4. Gaul semuanya macam gambar di bawah ni


Tercomor sikit. Hahaha Nak cepat. Qashrin pun mengacau jugak ni. Tu yang jadi camni

Gambar ni diambil dari Google. Tak sempat nak snap photo. Gambar lebih kurang macam ni. Dah siap terus serang ayam percik tu. Hahaha.

Memang sedap makan dengan nasi putih panas-panas. Makan pulak ayam percik dengan air asam kerisik. Ohmy!! Sedapnya.....

Selamat mencuba!!

Xoxo
Mummy Akmar