27/12/2013

Resipi Ayam Goreng Rempah Yang Sedap Dan Mudah

Bila dah malas nak blogging, asyik kongsi resipi jerlah nampak gayanya. Kalau nak tulis isu-isu lain macam berat nak fikir. Pasal resipi ni senang je. Hahaha. Hari tu lepas masak ayam percik, esoknya tu masak ayam goreng berempah. Kami nak masak simple-simple je. Sebab dah tak idea nak masak apa.


Jadi, cadangan nak masak ayam goreng rempah ni paling senang. Lepas tu pulak lagi senang bila memasak pakai periuk Noxxa. Hahaha. Sekarang ni kalau nak senang, kita masak guna periuk Noxxa je lah. Cepat dan mudah. Takde kena percik minyak panas lepas tu cepat pulak tu. Jom tengok resipi

Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 labu bawang besar
5 biji bawang putih
5 batang serai
5 inci halia
5 inci lengkuas
1 sudu kecil biji ketumbar ditumbuk halus
1 sudu kecil biji jintan ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar serbuk kari 
(kalau nak pedas boleh tambah cili kisar 1 sudu lagi atau lebihkan serbuk kari)
1 sudu besar penuh tepung jagung
Daun kari 
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Kisarkan bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, serai, halia dan lengkuas. Kalau boleh jangan letak banyak air sangat. Biar dia basah lembab-lembab je sebab dia melekat terus pada ayam.
2. Cuci ayam dan toskan. Campurkan bahan-bahan kisar tadi dengan ayam, serbuk kari, serbuk kunyit, tepung jagung, garam dan daun kari.
3. Kacau dan perapkan dalam 30 minit. Tapi Mummy tak lama pun perap terus goreng sebab dah lapar. Hahah 
4. Terus laraskan periuk Noxxa ke setting Stir Fry dan goreng macam biasa macam dalam gambar di bawah ni

Selepas letak semua bahan. Gaul dan kacaukan. Sikit pulak ambik daun kari. Lagi banyak lagi best.

Set kan periuk Noxxa ke Stir Fry. Periuk ni akan perlahan-lahan dan panas yang membahang. Jaga-jaga takot kena tangan.

Tengok tu panas ke tak panas. Menggelegak minyak dalam ni. Siapa letak tangan dalam tu, kalau keluarkan tatau jadi apa. hahahaha. Masukkan ayam cecepat lepas tu tutup. Lepas tu kacau balik-balikkan macam goreng macam biasa di kuali. Pakai periuk Noxxa ni, takde percikan macam goreng atas kuali lepas tu cepat memasak.

Ini batch pertama. Sebenarnya muat lagi kalau masuk lebih sikit. Sebab ni pertama kali masam pakai periuk Noxxa. Kulit luar ayam garing dan terasa rempah, bau yang harum, pada masa yang sama daging lembut tak keras sangat macam masak di kuali. Lepas tu dia punya kerak pon tak melekat pada periuk dan takde hangus teruk macam di kuali tu.

Makan ayam goreng rempah dengan kari sayur dan sup sayur brocolli. Memang terbayekkk!! Hehehe

Mesti macam pelik kari sayur makan dengan ayam goreng rempah kan? Hahaha Sebenarnya nak masak kari daging, tapi cold storage yang jual daging batang pinang tutup le pulak. Nak masak dalca takde kacang dhal. Makanya, terus masak kari sayur. Sedap jugak. Hahahaha. Ada kacang panjang, kentang, terung dan tomato. Nyumm!!!

Okay selamat mencuba!!

Xoxo
Mummy Akmar