30/12/2013

Persiapan Untuk Masuk Tadika Baru Tahun Hadapan

Qashrin akan mulakan persekolahannya di Tadika M.M.S.B Jalan Sultan Azlan Shah ( Tigerlane ) Ipoh pada 2 Januari 2014 ini. Untuk pendaftaran kemasukan boleh baca link INI.

Macam biasa mestilah nak buat persiapan untuk masuk tadika baru. Beberapa helai baju, seluar, stokins, botol air, tuala baru dan lain-lain. Alhamdulillah dapat menyiapkan semua utk El Qashrin Qaisara.


Gambar pertama tu Mummy suruh testing pakai baju uniform dan kasut baru sekolah. Rambut belum potong lagi, gambar lepas mandi. Gambar sebelah tu, gambar tadi baru je ambil. Rambut lepas potong bob-cut style. Hahahahaha. Nak simpan rambut panjang kononnya, tapi kesian pulak dia. Potong sependek yang boleh supaya dia selesa. 

Semoga Qashrin seronok masuk tempat baru dan belajar rajin-rajin.

Xoxo
Mummy Akmar