17/12/2013

Macarons Chef Dato' Fazley Yaakob Di Thumbs Cafe Ipoh

Sejak kemenangan Chef Dato' Fazley Yaakob sebagai Masterchef Celebriti musim pertama, beliau telah pun mengembangkan kemahiran beliau dalam bidang bakeri dan kek. Kini, Chef Dato' Fazley Yaakob telah mencipta jenamanya sendiri yang dikenali sebagai SukaSucre.


Baru-baru ini, beliau memperkenalkan pencuci mulut yang terkenal di Negara Perancis atau lebih dikenali sebagai french macarons untuk peminatnya. Bila melihat gambar dessert yang dibuat sendiri oleh beliau tentu ramai yang ingin merasa air tangan dan hasil kreativiti Chef Dato' Fazley Yaakob termasuk Mummy sendiri. Antara yang dihasilkan sendiri oleh beliau adalah creme brulee, macarons, kekonut dan kek lain-lain lagi.
Sukasucre juga telah membuat kolaborasi dengan beberapa restoran dan bakeri di seluruh Malaysia dan Singapore untuk memperkenalkan pencuci mulut yang dihasilkan sendiri oleh beliau untuk peminat-peminatnya. Antaranya di Le Medina Patisserie di Alor Setar, Pots Kitchen di Johor Bahru, The Sumbs Cafe di Shah Alam dan Thumbs Cafe di Ipoh. Termasuk juga Parlour By Ai di Singapore. 

Jadi, Mummy meluang sedikit masa untuk pergi ke Thumbs Cafe di Ipoh untuk merasa sendiri macarons Chef Dato' Fazley Yaakob. Ini adalah pertama kali Mummy pergi ke Thumbs Cafe untuk makan di situ. Tapi malangnya tempat terlalu penuh dengan orang ramai yang makan di situ. Teringin jugak nak rasa Meatballs di sini. So, Mummy bungkus jerlah dessert dan terus ke Royal Ipoh Club untuk dinner. 

Thumbs Cafe

Penuh sampai ke luar ramai orang ni.

Macarons baru sampai dari KL untuk dijual kepada peminat Chef Dato' Fazley Yaakob yang berada di Ipoh. Memang menarik. Harga satu macaron adalah RM4.00 untuk setiap satu.

Beli dua macarons dan beli mini pavlova yang terakhir. Hehehe Kami bawa ke Royal Ipoh Club. Hahaha.

She loves it so much. Nanti nak beli lagi. Macaron ni  perisa orange and chocolate ganache. Mata tak cukup tidur tu darling.

Mummy pulak makan macaron chocolate rose ganache. Rasa dalamnya lembut dan ganache sangat smooth. Sedap!!

Dah taktahu nak makan apa. Nasi goreng biasa dan nasi goreng kampung. Lepas tu order Cream chicken soup dan jugak inchicabin

Bagi sesiapa di Perak terutama sekali di Ipoh yang nak merasa pencuci mulut yang khas di buat sendiri oleh air tangan Dato' Chef Fazley Yaakob, bolehlah ke Thumbs Cafe. Alamat seperti di bawah:

Thumb's CafĂ© Ipoh 
Jln Sultan Abd Jalil (Nx to Greentown Steamboat) 
Dinner starts at 6pm-till late 
Closed on Monday 
Tel: 012-6679122 

Xoxo
Mummy Akmar