23/12/2013

Juicing Untuk Sihat

Juicing sangat bagus untuk kesihatan dan juga untuk turunkan berat badan. Tapi Mummy sendiri minum untuk kesihatan. Sebenarnya terpengaruh dengan RawFoodMommy yang hanya minum fruit juice dan makan salad. Seronok tengok bagaimana dia sediakan smoothies atau fruit juice yang dia kongsikan di instagram untuk dirinya dan juga bagi satu famili dia minum juice.

Lepas tu tengok gambar-gambar di instagram dipenuhi dengan warna-warni buah-buahan dan nampak macam sedap. Katanya "we just mix anything we can find in the fridge, no specific recipe. Any combo can turn out delicious". Menarik sangat.

Satu hari bangun awal, ikot Opah ke pasar untuk beli buah-buahan. Qashrin pun ikot sekali. Hehehe Beli red apples, green apples, spinach, timun, salad, lemon, lime, mint, celery dan broccoli. Ewahh, bersemangat waja. Hahahaha.

Sanggup kemaskan satu tempat untuk jadikan Juicing Counter. Tengok buah-buah tu. Banyak tau beli dekat pasar sampai sakit tangan nak membawa. Kali ini Mummy gunakan blender Noxxa. Opah beli blender ni dah beberapa tahun sama dengan periuk Noxxa. Tapi hanya pakai blender ni satu kali sahaja buat Mango Yogurt Smoothies. 

Ini buah-buah yang untuk juicing. Yang takde dalam ni bayam dan daun salad

Konon nak minum green juice. Masuk semua gala yang berwarna hijau. Blend punya blend.....hasil dekat bawah ni

Looks yummy!! Tapi rasanya Adoih...kuat bau bayam. Hahahaha. Ini first attempt. Bila minum macam ni ala smoothies ni memang takleh telan. Air macam ni kena pakai juicer. Atau ambil airnya sahaja. Baru boleh telan. So, Mummy ambil strainer, tapis air ni. Baru boleh minum.

Kalau nak buat smoothies. Kisarkan buah-buah seperti banana, semua jenis berries, tembikai. Boleh ditambahkan susu atau almond milk. Dan tambah kismis dan kekacang. Kalau buah-buah macam epal, orange, daun daun hijau ni dan yang keras seperti lobak merah, timun, celery dan lemon. Seeloknya pakai juicer macam dekat bawah ni. Kena pakai mesin juicer untuk ambil juice sahaja.

Cubaan pertama jugak. 1 lemon, 2 biji epal dan 2 batang carrot

Pakai juicer macam ni.

Hasilnya memang sedap!! Letak ais atau simpan dalam peti ais lepas tu mium. Memang sedap!!

Mummy terjumpa Healthy Recipes yang dikongsikan oleh Nigella Lawson dan cuba resipi di bawah ni yang ketiga. Tomato, carrot, celery. Memang sedap!! Refreshing!! 


Kalau nak mencuba tu boleh gunakan resipi di atas ni. Memang sedap sangat dan penuh khasiat. Qashrin pun suka. Bila minum air jus buah-buahan ni rasa macam segar sangat. Bukan sahaja untuk kesihatan, ia juga sesuai bagi sesiapa nak kuruskan badan.

Pagi tadi pun bersarapan dengan jus buah-buahan. Campuran buah-buahan ini 2 apples, 1 timun, 3 tomatoes dan 1 orange. Dengan mengunnakan juicer. Dapat dalam 12oz air jus buah. Yummy!!

Jom juicing!!

Xoxo
Mummy Akmar