29/12/2013

Jenis-Jenis Ibu Menurut Ahli Psikologi

Menurut sebuah buku baru oleh ahli psikologi klinikal Stephen B. Poulter, bertajuk The Mother Factor - How Your Mother's Emotional Legacy Impacts Your Life. Ia mengisahkan tentang hubungan antara anak dan ibu memberi kesan impak yang besar ke atas kehidupan anak dan ia benar-benar mempengaruhi hubungan anak dengan persekitaran.

Poulter mentakrifkan faktor ibu memberi peranan kepada anak-anak dari kecil hingga besar dari segi pembangunan emosi, fungsi, dan keupayaan untuk membentuk perhubungan yang bermakna dalam kehidupan berkeluarga, dalam kehidupan sosial, dan dengan hubungan sesama manusia.

Beliau juga meneroka bagaimana sambungan emosi seseorang anak hingga dewasa adalah berdasarkan kepada "gaya" ibu-ibu kita. Poulter mentakrifkan lima gaya jenis ibu seperti di bawah

The Perfectionist Mother- whose family must look perfect in every way
The Unpredictable Mother- whose ups and downs can create lifelong anxiety and depression in her son or daughter
The “Me First” Mother- whose children come second or last
The “Best Friend” Mother- who’s now in vogue but can wreak havoc
The Complete Mother- who provides guidance and shows compassion to her child


Jenis Ibu Yang Terlalu Ingin Kesempurnaan / Perfectionist Mother

Biasanya, seorang ibu itu akan menjadi terlalu mengawal dan cemas setiap masa dan kesempurnaan adalah segala-galanya. Anak-anaknya cenderung untuk menjadi hiperkritikal terhadap diri mereka sendiri, berasa tidak mencukupi dan emosi kosong, kata Poulter.

Anak kepada ibu yang terlalu ingin kesempurnaan "perfectionist" akan mempunyai kekuatan dalam memberi komitmen dalam perhubungan dan bertanggungjawab dan boleh dipercayai dalam semua yang dia lakukan. Anak tersebut akan menghargai kerja keras dan wataknya menjadi lebih ketekunan dan berkualiti

Sebagai seorang ibu, anda sentiasa merasa bahawa pendapat orang lain adalah jauh lebih penting daripada anda sendiri. Anda sering mempunyai perasaan yang dunia sedang menonton dan menilai anda


Jenis Ibu Yang Tidak Menentu / Unpredictable Mother

Cepat cemas, marah, terlalu emosi dan sering terharu dengan perasaan begitu juga gaya didikan kekeluargaan adalah berdasarkan semata-mata kepada mood. Jenis ibu ini akan menjadi huru hara dari setiap jenis ibu yang akan dibincangkan di sini. Ibu yang jenis tidak menentu ini adalah disebabkan beberapa masalah yang dihadapi olehnya seperti isu-isu dan krisis di dalam hatinya, melalui emosi dan hubungan beliau. Keadaan ini akan menyebabkan sering nampak kesalahan dan melepaskan apa yang dialaminya kepada anaknya.

Anak kepada ibu yang mempunyai perasaan tidak menentu ini akan mempunyai sifat dan kemahiran untuk menjadi tegas. Akan menjadi seorang yang sangat motivasi diri, sering menawarkan sokongan emosi kepada rakan-rakan dan orang sekeliling. Kadang-kadang anak tersebut boleh ditenggelami oleh emosi seperti marah, kebimbangan dan kemurungan.


Jenis Ibu Yang Menjadi Sebagai Kawan Baik / The "Best Friend" Mother

Sangat menikmati dan mendidik anak-anak dengan sama rata untuk mengelakkan tanggungjawab yang berbelah bahagi. Ibu jenis ini lebih menikmati hidupnya sebagai kawan terhadap anak-anaknya. Ini lebih cendurung membuatkan anak dan ibu mengambil alih peranan kepercayaan emosi dan menjadi seperti rakan.

Anak-anak kepada ibu jenis ini akan memahami kepentingan hubungan antara ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan dan keluarga. Oleh kerana kurang rasa adanya seorang ibu dalam kehidupan, anak itu akan terasa mengambil alih peranan dan tanggungjawab seperti orang dewasa.

Anak-anak yang mengalami situasi begini akan merasai emosi mereka terabai dan sering berasa takut kepada penolakan atau disisihkan. Anak itu akan lebih cepat rasa tersinggung dalam perhubungan serta cenderung untuk berasa tidak disayangi dan kurang dihargai.


Jenis Ibu Yang Mementingkan Dirinya Dulu / The Me-First Mother

Ini adalah salah satu gaya "mothering" paling lazim. Ibu jenis ini tidak dapat melihat anak-anak mereka sebagai individu yang berasingan dan cenderung untuk menjadi tidak yakin pada diri sendiri. Mereka lebih cenderung belajar cara mendidik anak dari turun temurun agar sifat keibuaan mereka terpancar

Anak jenis ibu yang mementingkan dirinya sebagai ibu dahulu akan sangat pandai menyokong orang lain, dan intuitif dan berwawasan dengan orang dalam semua jenis hubungan dan lapisan orang. Anak-anak ini sangat setia dan dapat sokongan, dapat menghargai keperluan orang lain dan menyelesaikan masalah sendiri.

Ibu jenis ini akan mengalami keraguan dalam kebolehan untuk membuat keputusan sendiri. Dan mendapati sukar untuk mempercayai diri sendiri dalam apa jua keadaan kerana lebih percaya kepada pendapat ibu mereka yang terdahulu sebagai lebih penting dan berkuasa daripada anda sendiri.


Jenis Ibu Yang Sempurna / The Complete Mother

Jenis ibu yang ideal ini hanya dialami kira-kira 10 peratus daripada kita, kata Poulter. Ibu yang sempurna menggabungkan elemen-elemen terbaik daripada emapat jenis ibu yang lain. Ibu ini emosinya seimbang, dia dapat melihat anak-anaknya sebagai individu dan membantu mereka mencapai kemerdekaan mereka sendiri. Dia tidak semestinya menyempurnakan dirinya tetapi apa jua keadaan emosi, dia sangat komited tanpa mengira tanggungjawab lain di luar rumah.

Anak-anaknya pula rasa disayangi dan difahami untuk mengambil risiko, menerima perubahan dan memulakan hubungan tanpa takut kepada penolakan. Anda akan mempunyai keupayaan dan wawasan untuk menghargai orang lain, rakan-rakan dan ahli keluarga mempunyai perspektif mereka sendiri. Anak ini akan dapat mengemudi cabaran menjadi bebas dan tidak akan merasa emosi terjerat dengan ibu mereka.

Jenis ibu yang manakah anda?

Xoxo
Mummy Akmar