15/12/2013

Jalan-Jalan Cari Makan di Aeon Station 18

Sekarang ni memang dah taktahu nak makan apa?? Seriously....Betul tak? Macam dah bosan sangat makan lauk pauk di kedai di restoren dan di mana-mana sahaja di Ipoh ni. Tak pasti di KL sebab rasanya di KL lebih banyak pilihan menu makanan. Apatah lagi kalau nak masak memasak. Dah taktahu nak masak apa sebab lauk yang sama sahaja sama makan di luar. Minggu lepas kami 3 beranak (Opah, Qashin and Mummy) pergi ke Aeon Station 18 untuk mencari makanan ala-ala food hunting.

Sesampai je di Aeon Station 18 ada satu laluan yang dipenuhi dengan restoran fast food seperti Kenny Rogers Chicken, Ayam Nandos, Wendy's Burger, Secret Recipe, Pizza Hut, Papa John Pizza, KFC dan Chatime. Mana yang Mummy ingatlah dan terus lagi tu ada Food Court. Mulanya kami nak makan di Ayam Nandos, tapi risau pulak Opah mungkin makanan yang disediakan ada gula. Tapi punya tapis sebab kami dah bosan dengan Secret Recipe, Pizza Hut, Kenny Rogers dan KFC. Makanya kami memilih Wendy's Burger. Macam dah lama je tak makan Wendy's Burger jer untuk menjamu selera. Hahaha.


Kami pilih dua menu di atas ini. Meal 1 tu ayam goreng dan onion ring untuk Opah, yang lain Mummy kongsi dengan Qashrin. Burger ni pulak untuk Mummy. Mari kita tengok realiti gambar poster dan gambar sebenar. 

Cheesy baked potato and broccoli  

Ayam agak kecik dan kebanyakkan tepung. Memang ranggup tapi portion yang kecil

Nugget ini untuk si kecil

Ini burger Mummy. Burger Chicken Sizzler. My verdict: portion sikit, mayonaise sikit, keropok Nachos tak berapa nak membantu kesedapan burger ni. Ayam dia ada rasa spicy blackpepper.

Lepas kami mengunyah dengan jayanya. Hehehe Memang tak kenyang!! Perut kami masih lapar. Yes...dengar tak lapar!! Bukan Mummy je merungut, Opah pon kata. We want something hot! Makan panas-panas like soup or anything. Jadi, kami melangkah terus ke Foodcourt. Syurga makanan. Rambang mata kami nak pilih apa.

 Mummy pilih Sizzling Yee Mee

Opah pulak Mee Sup Ayam dan Sayur takde gula. Hahaha

Lepas kami makan dan tangki dah penuh. Hahaha kami berjalan-jalan cuci mata. Mulanya nak cuci mata sahaja, tapi teringat pulak yang perlu beli kasut sekolah Qashrin untuk dipakai January ni. Konon nak beli kasut sekolah dia. Tapi ternampak pulak Cotton On Kids ada SALE!!!! OMG...tengok tengok...ada pulak yang berkenan dihati!! Terus Mummy sambar beberapa keping baju baru untuk Qashrin. Sebenarnya Cotton On Kids di Aeon Station 18 sedang buang Clearance Sale sebab mereka nak tutup outlet tu. Bayangkan satu baju RM15, stokins RM3-5. Senang cerita semua barang di bawah RM15. Total RM65 sahaja untuk semua barang-barang di bawah ni. Kata orang tu diorang akan keluarkan lagi stock yang ada. Memang kedai tu separuh dah takde barang tapi diorang akan keluar sedikit demi sedikit. Kasut banyak giler! Tapi takde size dan yang Qashrin tak reti pakai. Kalau ikotkan nafsu banyak lagi kot nak beli.

 Belts, tutu skirt, 2 tops, 1 seluar dan 3 stokins

Lepas dari Cotton On Kids terus pergi ke kedai kasut Barbie. Beli pulak kasut untuk si kenit ni. Dia pilih kasut dia sendiri. Hahaha. Nak tengok gambar tengok di akhir entri. Lepas penat membeli baju Qashrin, kami terus ke Kidzoona.

Mulanya main sorang-sorang. 

Semua dia nak naik. Sebab tekan lah berapa kali sebab FREE. 

Dah jumpa kawan. Seronok main dengan kawan. Kalau kawan dia naik slide dia pergi tempat lain. Sebab takot. Hahahaha

Main masak-masak, jual beli pulak.

Sejam jugak kami tunggu Qashrin main. Opah pulak sampai tertido-tido atas sofa. Nasib ada sofa. Sian jugak Opah mesti penat, lagi pulak belom solat Zohor lagi. Dia taknak solat di surau sini sebab tak bawak telekung lepas tu telekung yang ada kotor. Bila nak ajak Qashrin balik, jenuh okay. Menangis meraung-raung sebab taknak balik. Baru sejam dia main, tak cukup masa dan tak puas lagi. Menangis-nangis sampai turun escalator. Nak pujuk terus bawak pergi Baskin Robin. Baru diam!!

Tengok muka dia masam betul. Merajuk. Baru lepas berhenti menangis. Satu Aeon tengok Qashrin nangis. 

Inilah hasil belian hari tu. Tengok kasut Barbie tu blink-blink dengan glitter. Hehehe

Abis je makan ais krim, terus tertidur dalam kereta. Patutlah nangis, dah mengantuk jugak tu. Balik rumah terus tidur dengan lena buat susu abis sebotol. Bangun-bangun sambung makan donut beli di Food Court tadi.

Aiyoo panjangnya entri ni. Hahahaha......Okaylah nak tolong Opah masak Kari Ayam kejap. Sehingga bertemu di entri yang lain.

Xoxo
Mummy Akmar