12/12/2013

Isu Minyak Masak Kitar Semula

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser. Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit.

Hampir 90 peratus minyak masak di pasaran dipercayai hasil daripada kegiatan kitar semula minyak masak yang telah digunakan. Sebahagian besar minyak masak dikitar semula itu dijual dalam bentuk paket. Mereka (pengusaha) membeli minyak masak terpakai di restoran makanan segera untuk dikitar semula dan kemudiannya dicampur dengan minyak baharu.

Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul daripada dapur RESTORAN TIDAK HALAL sebelum dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah. Pihak berkuasa juga tidak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

Awas bila menggunakan minyak masak dalam bentuk paket! Jangan kompromi dengan harga yang murah. Selidiki dulu sebelum membeli di pasar malam atau gerai-gerai pisang goreng di tepi jalan.